Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kini, StatCounter telah pun mengeluarkan data penggunaan pelayar web untuk bulan Jun, dan menariknya ianya memperlihatkan perkembangan drastik Google Chrome, dimana kini ianya telah pun melangkaui lebih daripada 20% peratusan penggunaan diseluruh dunia, dibelakang Firefox dan Internet Explorer.

Dan apa yang lebih menarik lagi adalah angka penggunaan pelayar web di Malaysia, dimana Chrome dan Firefox mempunyai peratusan penggunaan yang lebih kurang sama, dan mendahului pasaran, dan diikuti oleh Internet Explorer di tangga ketiga, sekaligus memperlihatkan pengguna tempatan lebih gemar menggunakan pelayar web Chrome dalam penggunaan harian mereka.

Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat persaingan sihat antara Firefox dan Chrome, apatah lagi kini Mozilla turut sama menggunakan tempoh pembangunan pantas, dan memperkenalkan pelbagai fungsi menarik pada setiap keluaran mereka.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
suka dengan Google Chrome
yatta!. chrome no1.
palemoon tadak ka?
yeah! aku suka chrome sbab tersangat simple! caya la…
Chrome ringan, aku suka.
Firefox 5 pun macam dah ok gak.. tapi Chrome masih default browser.
La..sape la yang dok gune IE kat msia tuh…haha
Jangan terkejut.ramai bro. terutamanya pekerja dekat syarikat dan juga pelajar universiti. sebab pc diorang tak dibenarkan untuk install browser lain. lame kan?
aku start gua chrome sebab angy bird. pastu terus default browser sebab suka. dulu dok layan ff jer, x rajin nak explore
chrome sangat simple dan mudah..default browser terbaik setakat ini
opera lg tbaek…smooth……
idup chrome!
pakai Maxthon best gk…hehe
Ramai pakai Chrome sebab internet yang tak berapa laju dan Malaysia antara negara yang kurang halaju internetnya…