18Jul

Cip Apple A6 Kini Dalam Ujian Pengeluaran Percubaan

Apple

Menurut beberapa laporan, kini cip pemprosesan Apple A6 dalam ujian pembangunan, dimana ianya dibangunkan untuk urusan pengujian perkakasan dan kualiti. Ianya diperkatakan untuk pembangunan cip ujian A6 ini, Apple menggunakan syarikat Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) untuk pengeluaran.

Sebelum ini, Apple menggunakan Samsung untuk pengeluaran cip Apple A5 yang digunakan oleh mereka sekarang. Namun begitu, memandangkan kedua-dua pihak sedang melalui perbicaraan di mahkamah, berkemungkinan Apple tidak lagi akan menggunakan khidmat Samsung dalam pengeluaran cip generasi akan datang mereka.

Buat masa ini, pengeluaran ujian cip Apple A6 ini adalah untuk menguji kualiti, dan kesesuaiannya terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan untuk pengeluaran untuk penggunaan pada peranti mereka. Mungkin tidak lama lagi, kita akan ketahui ciri-ciri teknikal yang dibawakan dan disokong oleh cip generasi akan datang Apple ini.


Safari 5 Membawakan Safari Reader dan Extension
Mac App Store Akan Diintegrasikan Bersama iTunes?
Aplikasi OfficeKami Untuk iOS Dilancarkan
Aplikasi iPad Harian Metro Dimuat-Turun Lebih 7 Ribu Kali
Samsung Mendahului Nokia Dalam Industri Telefon Mudah-Alih

2 Komen

  1. izwannizam pada 18 Jul 2011

    makin lajulah gajet2 apple

  2. Mashi pada 18 Jul 2011

    Wow…makin canggih…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader