Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Menguruskan Facebook List merupakan salah satu perkara yang agak sukar, dan melalui Google+, Google telah memperlihatkan kaedah mudah untuk menguruskan perkara yang lebih kurang serupa. Dan menariknya, kini salah seorang pembangun Facebook telah memperkenalkan CircleHack, yang mana membawakan fungsi seumpama Google+ Circles, tetapi pada pengguna Facebook.

Sama seperti pada Google+ Circles, melalui CircleHack, ianya turut sama menyokong fungsi tarik-dan-lepas, serta membina senarai List baru dengan mudah dan pantas. Untuk mula menggunakannya, para pengguna hanya perlu log masuk ke halaman CircleHack menggunakan sokongan Facebook Connect, dan seterusnya mula menguruskan senarai rakan-rakan anda dengan mudah dan senang.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Ada bagus juga fungsi ini.
Satu sahaja kelemahan, facebook punya rangkaian sahabat 200+ sangat cara mudah buang semua kawan dan bina semula jaringan sahabat.
Aku plan mahu bina profile page sahaja untuk FB ni mudah, hahhaha
(tapi glamor aku tak seperti Aman Firdaus kawan!)
haha mark masuk je google+ terus dpt idea..lol..xnak kalah fb lol
dgn cara ni boleh x suggest page kpd friends dengan 1 klik?
die xhack account kkte ? ;p
siapa tiru siapa la ni
hehehe
jangan lupa add aku jugak nanti masuk circle korang.
nak juga main bulatan-bulatan yer fb ni…