Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bagi yang gemarkan permainan strategi, tidak lama lagi, selain daripada Empires & Allies, sebuah lagi permainan baru akan diumumkan, iaitu Civilization World, yang mana turut menggunakan platform Facebook untuk dimainkan. Ianya bakal dilancarkan pada minggu hadapan oleh 2K Games, dan akan dibuka sebagai beta terbuka nanti.

Ianya dibangunkan sendiri oleh pembangun Civilization, yang mana sememangnya popular dengan permainan strategi tidak lama dahulu. Sebelum ini, ianya telah dimulakan dalam bentuk percubaan beta tertutup, dan kini nampaknya ianya sudah sedia untuk dilancarkan.

Sama-sama kita nantikan pelancarannya.
2 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Tak pernah lagi main game ni huhu
Wow! Game aku paling minati! Best ker fb nyer?