21Jul

DiGi Kini Mempunyai 9.3 Juta Pengguna Di Malaysia

Telekomunikasi

Kini, DiGi telah pun mengeluarkan laporan suku tahun kedua untuk tahun ini, yang mana memperlihatkan kini DiGi mempunyai lebih daripada 9.3 juta pelanggan di Malaysia. Dan menariknya adalah dimana sebahagian besar daripadanya, iaitu seramai 5.3 juta pelanggan adalah mereka yang melanggan internet mudah-alih melalui mereka.

Ini mungkin serasi dengan fokus utama DiGi yang mana mereka lebih memfokuskan kepada menarik para pelanggan internet dan jalur-lebar dengan kempen “Internet for All”. Selain daripada itu, DiGi sendiri sebelum ini telah bekerjasama bersama-sama dengan Opera Software dalam membawakan Opera Mini kepada pelanggan mereka tanpa caj muat-turun perisian.

Bersama-sama dengannya, DiGi mengumumkan yang mana kini pendapatan mereka adalah sebanyak RM1.5 billion berbanding suku tahun yang sama tahun lepas, hanya pada RM1.3 billion, yang mana kebanyakkannya adalah daripada peningkatan penggunaan internet dan jalur-lebar mudah-alih sebanyak 113%.


Rangkaian Sosial Lebih Mudah Dengan Maxis Connect
P1 Bakal Mengantikan Wiggy Dengan Shuttle?
Kadar Penembusan Jalur-Lebar Malaysia Mencapai 57.4%
Syarikat Telekomunikasi Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan 6% Untuk Tambah-Nilai Prabayar
Yes Melancarkan Telefon Pintar Eclipse Dan Huddle XS

7 Komen

  1. izwannizam pada 21 Jul 2011

    digi smart plan memang best

  2. Fauzi Nor pada 21 Jul 2011

    Bnyak nya.. tapi mesti maxis n celcom lagi bnyk.. huhuh

    • aman pada 21 Jul 2011

      maxis sebelum nie cakap 14 juta lebih. Celcom tak tau bape.

  3. ekspresiruang pada 21 Jul 2011

    Digi byk tumpukan kepada remaja. diorang ada targeted customer.

  4. snazzybizarre pada 21 Jul 2011

    digi mmg murah… terbaik pulak tuh…

  5. ub3y pada 21 Jul 2011

    tanpa segan silu. saya bangga sbg pengguna Digi. huahua

  6. Mr Fathi pada 23 Jul 2011

    digi terbaik!!!RM15 seminggu unlimited data plan!!!kat tmpt aku ada GPRS je…laju je…tak mcm Hotlink,RM20 hot ticket internet seminggu tapi ada kuota.lembab plak tu(tempat aku)…hampeh!!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader