10Jul

Disco Kini Membawakan Sokongan Twitter Dan SMS

Google

Ingatkah lagi dengan aplikasi permesejan Disco daripada Google? Kini, Disco 3.0 telah pun dilepaskan, membawakan pelbagai pembaharuan, termasuk sokongan integrasi kepada Twitter dan juga Yelp. Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan penambahan perkongsian gambar dan imej terus daripada aplikasi tersebut, bersama rakan-rakan yang lain dengan mudah.

Dengan integrasi Twitter, kini para pengguna boleh melihat kemaskini Twitter terus melalui aplikasi Disco dengan mudah dan pantas. Selain daripada itu, menariknya adalah ianya turut membolehkan anda berinterasksi dengan rakan-rakan anda yang tidak menggunakan aplikasi tersebut melalui SMS pada aplikasi tersebut. Dan menariknya adalah ianya menyokong sehingga 5 rakan melalui SMS tanpa sebarang caj. Namun mungkin ianya hanya di US buat masa ini.

Bagi para pengguna yang berminat, mereka boleh memuat-turun aplikasi Disco daripada Google ini secara percuma melalui Apple AppStore untuk pengguna iOS ataupun melalui Android Market untuk pengguna Android.


Goo.gl Dikemaskini Dengan Beberapa Fungsi Baru
Google+ Menambah Fungsi Yang Dinantikan - Games
Infografik : Perbandingan Pengguna iOS Dan Android
Google Akan Mengaktifkan Antaramuka Baru Blogger Untuk Semua Dalam 2 Minggu Lagi
Android Market Baru Membawakan Sokongan Kemaskini Aplikasi Automatik Melalui WiFi

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader