12Jul

Everyday Mensasarkan Pendapatan Tahun 2011 Sebanyak RM10 Juta

Web 2.0

Seperti sedia maklum, pada bulan lepas Everyday.com.my, salah satu laman terkemuka yang menawarkan tawaran harian dan diskaun kepada para pengguna telah diambil-alih oleh salah satu syarikat dari Korea Selatan, iaitu Ticket Monster. Kini, melalui suatu wawancara bersama pihak The Star, mereka memperlihatkan sasaran untuk tahun ini.


Wang dan Kang memperlihatkan laman Everyday.com.my [via]

Buat masa ini, Everyday.com.my memiliki sebanyak lebih kurang 400,000 orang pengguna di Malaysia, yang mana merangkumi lebih kurang 20% pegangan pasaran industri tawaran harian. Namun begitu, menjelang penghujung tahun ini, pihak Everyday.com.my ingin memperluaskan dan menambah bilangan pengguna mereka lebih kurang dua kali ganda daripada sedia ada.

Pada masa yang sama, mereka mensasarkan untuk menjana lebih kurang RM10 juta melalui perkhidmatan mereka, serta memperkenalkan perkhidmatan mereka di kesemua bandar utama di setiap negeri di Malaysia. Buat masa ini, Everyday.com.my hanya ditawarkan kepada para pengguna Selangor, Pulau Pinang dan Johor sahaja.


Bing Bakal Membawakan Carian Twitter dan Facebook
Twitter Memperkenalkan Halaman Utama Baru
FongFeiKei Berjaya Mendapatkan Klien Pertama Mereka
Antaramuka Aplikasi TableFour.Us Diperlihatkan
Aplikasi Firefly Mobile Kini Di AppStore Dan Google Play Store

4 Komen

  1. matjoe pada 12 Jul 2011

    tawaran kupon yg nonsense dalam 20 ada la kot 1 yg berbaloi

  2. AMiRU pada 12 Jul 2011

    Terasa macam dah terlalu banyak website yang offer service macam ni sampai ada yang tak relevan dah.

  3. Sam pada 12 Jul 2011

    Macam filem tempatan. Satu buat cerita hantu, semua buat cerita hantu. Satu buat cerita gangster, semua buat cerita gangster… haha

  4. eija pada 04 Aug 2011

    This is the new era of shopping. If you love to buy things with discount, u should visit this website. Yes, among those online shopping website, maybe it has 1,2 or 3 website were good.
    You should give a look.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader