07Jul

Facebook Dan Skype Memperkenalkan Fungsi Panggilan Video

Web 2.0

Seperti mana yang diura-ura akan sebelum ini, kini Facebook bersama-sama dengan Skype telah pun mengumumkan sokongan untuk membuat panggilan video terus melalui Facebook dengan mudah, sekaligus pada masa yang sama membawakan komunikasi pada Facebook pada suatu tahap yang lebih tinggi lagi.

Melalui kerjasama ini, ianya akan membolehkan para pengguna untuk membuat panggilan video dengan mudah terus kepada rakan-rakan Facebook yang lain, dan semuanya terus melalui pelayar web. Sokongan ini bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang. Namun begitu, bagi yang tidak sabar menanti, mereka boleh mendapatkannya sekarang dengan melayari halaman rasmi Panggilan Video pada Facebook.

Namun suatu yang amat mendukacitakan adalah dimana ianya tidak menyokong Linux buat masa ini. Para pengguna yang ingin menggunakannya, perlu menggunakan pelayar web Firefox, Chrome, Internet Explorer ataupun Safari, bersama-sama sistem operasi Windows atau Mac untuk menggunakannya.


Facebook di Rekabentuk Semula.
Nuffnang Melebarkan Sayap Ke China
Joomla 1.7 Pada Julai - Joomla 1.8 Pada 10 Januari 2012
Berjayakah Perkhidmatan MyEmail Dilancarkan Pada Bulan Julai Ini?
(Video) Fungsi Terjemahan Pada Facebook

17 Komen

  1. haiqal pada 07 Jul 2011

    Habislah YM plus skype.Bhahah.Facebook naktake over semuanya.

    • j_veen pada 07 Jul 2011

      bukan FB takeover tp Google+ yg takeover…haha
      lg pun ni FB ngan Skype collaborate..

      • sword pada 28 Jul 2011

        bkan b4 ni da ada ke? kalau tak silap tahun lepas ada guna..

  2. Eichikatsu pada 07 Jul 2011

    tgk 0:23

    • j_veen pada 07 Jul 2011

      entah awek mane tu…hehe

  3. Junaidiey pada 07 Jul 2011

    Gandingan yang terbaik dari skype dan Facebook. Terima kasih Mark! hehe…

  4. aizuddin pada 07 Jul 2011

    terbaek..makin lama makin best lepak fb..lol

  5. topo pada 07 Jul 2011

    hohohoh aku pernah jumpa function voice call ni suatu ketika dulu. maybe masa tengah testing kot

  6. budakudm pada 07 Jul 2011

    tunggu kedatangan Google +…hehe…facebook akan jadi ‘-’…..

  7. MDHAFiZ.NET pada 07 Jul 2011

    wow..this amazing!
    thanks for sharing :)

  8. xxx pada 07 Jul 2011

    http://www.facebook.com/videocalling try nie..

  9. mark zuckerberg pada 07 Jul 2011

    terima kasih atas sokongan anda semua… org malaysia memang sporting.. ok saya nak keluar nak mkn nasi dgn sambal petai.. bye… :P

  10. budakudm pada 09 Jul 2011

    pandainya mark zuckerberg ckap melayu…makan mknn melayu lak tu…hehe

  11. mark zuckerberg pada 11 Jul 2011

    terima kasih…hehe. saya asal johor….

  12. tupaijet_r pada 21 Jul 2011

    macam mana mahu uninstal application ne dari facebook…???
    tolong ya…


Trackbacks/Pingbacks

  1. Aktifkan Panggilan Video Di Facebook | MrPiratz[dot]Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader