Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada fungsi panggilan video, Facebook juga pada masa yang sama turut mengumumkan sokongan sembang berkumpulan (Group Chat), dimana berbeza dengan sebelumnya, hanya menyokong Facebook Groups, kini para pengguna boleh menambah rakan-rakan yang ingin disertakan dalam ruangan Facebook Chat dengan mudah.
Untuk menambah rakan-rakan baru dalam ruangan Facebook Chat sedia ada, pengguna hanya perlu klik pada ikon baru, yang mana membolehkan penambahan rakan-rakan baru pada ruangan Chat. Ini sekaligus membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan anda secara ramai dengan mudah dan pantas.
Dan menariknya, mesej-mesejnya juga akan disimpan, sama seperti biasa, dan boleh diakses melalui Facebook Messages pada kemudian hari. Menarik bukan?
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Memang terbaik!
Woaa itu memang terbaik..pasni takde la memember x berkenaan bising pasal notification dr chat group tu hahaha
camne nak wat ni bro???
saye x faham yang part ni,,,
“Untuk menambah rakan-rakan baru dalam ruangan Facebook Chat sedia ada, pengguna hanya perlu klik pada ikon baru, yang mana membolehkan penambahan rakan-rakan baru pada ruangan Chat.”
Fungsi ini masih belum aktif untuk semua pengguna. akan diperkenalkan secara berperingkat.
o0o,,patut la,,
hehe,,terime kasih sifu!!
bukan ke ni group kan?
google + ada feature ni kan
takut ngan g+ la tu…
sama mcm skype je aku rasa
haha. aku dh test. ok gak la.