09Jul

Facebook Menguji Penonton Gambar Yang Lebih Interaktif

Web 2.0

Sama seperti Google, Facebook juga sering menguji pelbagai fungsi baru pada segelintir pengguna pada sesuatu masa. Dan kini, ianya dilihat yang mana Facebook mula menguji fungsi memperlihatkan gambar serba baru dan kemas, dengan beberapa fungsi tambahan berbanding apa yang terdapat sekarang ini.

Melalui yang baru ini, Facebook menggunakan warna latar putih-kelabu, mengantikan warna latar hitam yang digunakan sekarang ini. Selain daripada itu, ianya turut sama didatangkan dengan fungsi untuk memusingkan gambar, sama seperti yang terdapat pada aplikasi desktop, serta pada masa yang sama memudahkan para pengguna untuk memutarkan gambar mengikut paparan yang dikehendaki mereka.

Buat masa ini, fungsi ini telah diuji untuk beberapa bulan yang mana melibatkan segelintir kecil pengguna Facebook. Namun begitu, ianya tidak diketahui samada adakah ianya akan diperkenalkan kepada umum ataupun hanya sekadar ujian sahaja.

Terima kasih Andy dan Iriaysuq melalui AmanzNetwork


Yoonic.tv - Tonton Rancangan Kegemaran Hanya Melalui Komputer
Oh! Media Bakal Memperkenalkan Radio Dalam Talian
Senarai 6 Finalis Terakhir Untuk Anugerah DiGi WWWOW Diperlihatkan
SOFEss (Projek 1MDB) Memperkenalkan Sokongan Facebook Connect
Faces.my Disahkan Pelancarannya Pada Bulan November - Pada 11-11-11

15 Komen

  1. andyhowtt pada 09 Jul 2011

    patutpun hahaha..ingatkan yang lama punya..rupanya yg baru hahaha

  2. Iriaysuq pada 09 Jul 2011

    thanksssss Amanz (walapun silap eja Iriaysuq i tetap lav u lah. haha)

    sebulan dua yang lepas pernah ‘terkena’ juga tapi tak sempat SS sebab tertekan refresh.
    kali ni ‘terkena’ lagi nasib baik sempat SS siap download as htm lagi. ;p

    tadi googlek2 jumpa juga satu blog lagi perkatakan tentang percubaan fb ni
    http://goo.gl/C0Wsj

    pelik ya, chatbox baru saye xdapat pun tapi yg ini pulak dapat.

    • Aman pada 09 Jul 2011

      Hehe. Dah betulkan. Yang chatbox baru tue dia roll-out secara berperingkat. maybe dalam beberapa hari lagi dapat kot. ;)

      • Shafique pada 09 Jul 2011

        BEtol sebab ada rakan2 dapat tapi tak semua.. saya pon baru jer dapat chat tue.

  3. Ahmad Fikrizaman pada 09 Jul 2011

    kaler hitam jugak.. x putih pun.. gambar atas tu winrar..

    • chill pada 09 Jul 2011

      winrar? itu facebook

      • Ikhwan pada 09 Jul 2011

        Baik punya perli. Kekeke..

  4. Farid Zenon pada 09 Jul 2011

    Aman kau memang pakar selam sambil minum

  5. Omar pada 09 Jul 2011

    Aku pun merasa jap benda ni..lepas tu 2 jam kemudian, jadi yang warna hitam balik…

  6. eSafarEE pada 09 Jul 2011

    aku igt fb rosak..hahaha

  7. din je pada 09 Jul 2011

    bhaye ni amnz, ad wane kuning :p

  8. saypocek pada 09 Jul 2011

    teruji minda perlihatan ak..
    Terbaik la amnz

  9. KawanGeek pada 09 Jul 2011

    Design preview FB baru ni memang smart dan BERSIH la. hehe. terbaik. :-)

  10. chill pada 09 Jul 2011

    facebook sekarang seakan-akan nak tiru stail google yg clean tu..

  11. funzool pada 10 Jul 2011

    apa bersih2 ni aman. kenala neutral. haha. nanti visitors lari.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader