Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Facebook sering menguji dan memperkenalkan pelbagai perkara baru pada laman sosial mereka, dan kini ianya kelihatan yang mana mereka sedang dalam proses menguji dan memperkenalkan fungsi komen media pada laman sosial terkemuka itu, membolehkan pautan yang ditinggalkan pada kotak komen ditukar dan dipra-lihatkan terlebih dahulu.

Perkara ini berkemungkinan akan mengurangkan serba sebanyak spam, dimana para pengguna boleh melihat pautan yang diperlihatkan dengan mudah. Selain daripada itu, ianya juga mungkin adalah salah satu strategi daripada Facebook untuk memastikan para pengguna lebih lama menggunakan dan melayari laman web mereka, dan tidak meninggalkan laman mereka itu dengan mudah.
Fungsi ini masih baru lagi, dan mungkin ianya sedang dalam bentuk ujian, dan akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna.
24 Komen
Tinggalkan Komen Anda
correction: laman should be lama.
hahaha aku baru usya menatang ni tadi.. nice jugak la
xtry lagi. hihihi
mcm buat facebook makin lembap je…
what did u mean by lembab???
nice2
Tested .. photo, video ..
best jugak ada preview ni … guna google url shortener nampak kemas sikit link ..
bagus kan ada persaingan, benefit utk end user
xdpt gne lagi… hurm…
mcm mcm dah facebook ni, kang ader yang kering idea lak bila selalu sangat up to date
Tapi still tak puas hati dengan sistem chat fb yang baru…
Cheq pun dpt wat preview gak.
Baru je test try n error. Hehehe!
huhu..pembaharuan yg ni ok.
em, macam2 facebook ni..
cmnelah nak tinggalkan fb..ade je bende yg dorg upgrade jauh meninggalakn ms dgn fs..
bayangkan ari2 anda tanpe fb..8->
lps ni tgk ape Google nak buat pulak…
hebat.. tapi new IM facebook x best.
x pyh tkt lgi klu ada org antr virus melalui komen sbb ada kuar media dan pautan.. terbaik la..
fungsi nih mmg nice.. tapi chat baru mmg faill laaaaa
i spot the typo.. laman should be lama kot..
oh..nice2
ni okeh sgt2…chat je yg fail!!
sori aku x suka fungsi ni sebab nampak x kemas
link tersembunyi tu lagi kemas
lagipun bila kita letakkan cursor kat link tu kita dah tau link tu akan dibawa kemana
msalahnye sekarang ni… aku rasa ramai orang dah tak selalu post kt status dorang… ramai yg suke bukak dan bace2 status dan komen2 yg ada dalm fesbuk ni….