Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Akhirnya, setelah dinantikan lama, kini Facebook Untuk BlackBerry 2.0 telah pun diperkenalkan, dan sedia untuk dimuat-turun melalui BlackBerry AppWorld oleh para pengguna BlackBerry yang menggunakan BlackBerry OS 5.0 dan terkini. Melaluinya, ianya membawakan beberapa perkara baru, termasuk antaramuka yang diberikan nafas baru.

Melalui Facebook untuk BlackBerry 2.0 yang baru dilepaskan itu, ianya membawakan antaramuka baru yang lebih menarik berbanding sebelumnya, yang mana turut menyertakan baru notifikasi yang menarik seperti. Aplikasi tersebut, kini turut membawakan sokongan Facebook Chat, membolehkan para pengguna bersembang dengan rakan-rakan mereka terus melalui peranti BlackBerry dengan mudah.
Selain daripada itu, ianya juga dilihat yang mana Facebook untuk BlackBerry 2.0 ini membawakan beberapa perubahan dan penambahan pada halaman profail padanya. Dan bertambah menariknya lagi adalah dimana ianya kini turut diintegrasikan bersama-sama fungsi BlackBerry yang lain, termasuk integrasi bersama BBM, BlackBerry Calendar dan beberapa perkara lagi, membolehkan anda berkongsi pelbagai perkara daripada Facebook terus kepada rakan-rakan BBM anda, dan begitu juga sebaliknya.
Facebook untuk BlackBerry 2.0 sedia dimuat-turun melalui BlackBerry App World bermula hari ini, dimana ianya turut diperkatakan beberapa pengguna mungkin perlu menunggu sehingga 24 jam sebelum dapat menggunakannya.
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
gara2 blackberry OS baru nak keluar kot…bagus ler seiring dan sejalan..
Integrated chat tu yang terbaik!!!
Terbaik!
terbaik!
ble le nokia nk mcm ni
lama kot tunggu dari dia kasi beta test dulu, sampai nak kuar official ni.. ada 3 bulan dah kot.. papepun, terbaek ini ada fb chat..
at last :3 . aku pakai BB2.0 sejak Beta 2 smpai Beta 4. now stable relase dah.
Mantap…
BB baru ade fb chat ke..kahkah..
skang semua nak ada social hub, sebab nak tarik lebih ramai pengguna..
tapi g+ masih belum kelihatan aplikasinya, adakah sebab belum launch sepenuhnya?
terus x laku apps fb chat yg org jual. ngeh2
heeheh aku dah delete chat for bb tu
smart yang baru ni! ada fb chat! tu yg bagus!
memang terbaik la.. lebih cpt & bleh chatting2 lg.. tak perlu dah app lain utk chat fb
another good stuff by RIM. very convenient!
wah.. bbm ngan fb bleh connect? mcm ym versi baru plak.