09Jul

Firefox 6 Beta Dilepaskan Untuk Windows, Mac Dan Linux

Perisian, Sumber Terbuka

Selain daripada Firefox 6 Beta untuk Android, Mozilla juga turut sama telah mengeluarkan Firefox 6 Beta untuk para pengguna desktop. Beberapa hari sebelum ini Mozilla turut telah mengeluarkan Firefox 7 Aurora dan juga Firefox 8 Nightly untuk para pengguna desktop.

Firefox 6 kelak dijangka akan dilepaskan dalam masa beberapa minggu lagi, iaitu pada awal bulan Ogos kelak. Salah satu perkara baru yang dibawakan oleh Firefox 6 Beta adalah pengurus add-on yang dipertingkatkan, dimana ianya kini menyemak plugin untuk versi baru secara automatik, sekaligus memastikan anda sentiasa menggunakan versi barunya.

Firefox 6 Beta juga turut sama meningkatkan lagi prestasi pelayar web tersebut, dan menggunakan memori dengan lebih efisyen lagi bebanding sebelumnya. Dan bagi para pembangun, menu Web Developer membawakan pelbagai aplikasi tambahan untuk pelayar web tersebut.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 6 Beta untuk Windows, Linux dan juga Mac OS X dan mula menguji fungsi-fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.


Fungsi Halaman Tab Baru Pada Firefox Di Perkenalkan
Turbo Pada Opera 11.10 Barracuda Kini Lebih Pantas
GNOME 3.2 Bakal Membawakan Sokongan Mod Aplikasi Web
Permainan The Last Tower Defense Daripada Android DevCamp KL Kini Boleh Dimuat-Turun
Adobe Memperlihatkan Sokongan 3D Pada Photoshop Extended

2 Komen

  1. zool pada 09 Jul 2011

    Firefox untuk android yang kutunggu tu….

  2. syahrilhafiz pada 09 Jul 2011

    huhu, malas lagi.
    nightly sudah :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader