Cari @ Amanz

Salah satu masalah yang sering diperkatakan berkait rapat dengan Firefox adalah penggunaan memori, dan nampaknya, melalui Firefox 7 kelak, ianya akan mengatasi perkara tersebut, dengan meminimumkan seberapa yang boleh penggunaan memori oleh pelayar web tersebut.

Memandangkan kini pembangunan Firefox dipercepatkan, ianya diperkatakan yang mana penyelesaian penggunaan memori itu tidak sempat untuk diperkenalkan pada Firefox 6, tetapi sebaliknya akan diperkenalkan pada Firefox 7 kelak.

Buat masa ini, Firefox 6 telah pun memasuki fasa beta, manakala Firefox 7 memasuki fasa Aurora, dan versi stabil terakhir yang diperkenalkan oleh Mozilla adalah Firefox 5. Pada masa yang sama, Mozilla turut sama telah melancarkan Thunderbird 5 kepada umum sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd