08Jul

Firefox 7 Aurora Untuk Android Dan Maemo Diperkenalkan

Perisian, Sumber Terbuka

Selain daripada versi desktop, kini Mozilla turut sama memperkenalkan versi Aurora untuk pengguna pelayar web mudah-alih mereka pada platform Android dan juga Maemo, dimana kini para pengguna yang berminat boleh memuat-turun aplikasi tersebut, dan mencubanya terlebih dahulu sebelum ianya dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui Firefox 7 Aurora untuk pengguna Android dan Maemo, ianya membawakan pelayar web yang lebih pantas, serta mengoptimasikan penggunaan memorinya. Pada masa yang sama, pemilihan teks juga dipermudahkan, dan pilihan “Quit” turut ditambah memudahkan pengguna untuk keluar dengan pantas daripada pelayar web tersebut.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turunnya melalui pelayan FTP Mozilla, dan mencubanya terlebih dahulu, sebelum ianya dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi.


Kemaskini Aplikasi Picasa Anda Kepada Build 71.43
MY1OS Dijenamakan Semula Kepada FiMOS
Adakah DiGi Bakal Menawarkan HTC Incredible S?
Skype Untuk iPad Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Semua
LibreOffice Cloud Bakal Dilancarkan Pada Bulan Hadapan - Bersaing Dengan Google Docs

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader