21Jul

Firefox 8 64-bit Windows Hampir 10% Lebih Pantas Berbanding 32-bit

Perisian, Sumber Terbuka

Seperti sedia maklum, Firefox 8 masih lagi pada fasa Nightly, dan ianya turut sama ditawarkan dalam variasi 64-bit dan juga 32-bit, serta menjadi antara versi 64-bit yang stabil berbanding sebelum-sebelum ini. Pada masa yang sama, melalui suatu ujian ringkas yang dilakukan, ianya menunjukkan Firefox 8 64-bit berfungsi lebih pantas berbanding 32-bit.

Ianya dilihat yang mana Firefox 8 64-bit berfungsi lebih pantas dalam ujian berkaitan enjin JavaScript yang dijalankan. Namun begitu, dari segi memori, ianya masih lagi kekal menggunakan memori yang tinggi berbanding versi 32-bit. Walaubagaimanapun, ianya mungkin kerana masih lagi dalam proses pembangunan buat masa ini.

Firefox 8 dijangka akan dilancarkan sekitar bulan November kelak, dan mungkin kita akan dapat melihat perkembangannya, samada adakah versi 64-bit bakal dilancarkan dan membolehkan komputer Windows 64-bit menggunakan sepenuhnya fungsi perkakasan mereka, ataupun sebaliknya. Sama-sama kita nantikannya.


Firefox 3.7 Alpha 1 Menguji Enjin Gecko 1.9.3
Firefox 5 Beta Bakal Dilancarkan Pada 17 Mei
Yes Life Untuk Android Kini Boleh Dimuat-Turun Melalui Android Market
Opera Mini 6.5 Dan Opera Mobile 11.5 Kini Diintegrasikan Lebih Mendalam Bersama Android
WordPress Kekal Sebagai CMS Popular - Concrete5 Memperlihatkan Peningkatan Drastik

7 Komen

  1. Mashi pada 21 Jul 2011

    skang tengah pakai Firefox 8 64 bit :)

    • D pada 15 Aug 2011

      Samala…mmg best…:)

  2. zuan pada 21 Jul 2011

    hurm xpernah try lg..

  3. wazy pada 21 Jul 2011

    bagus gak kan firefox versi 8 ni

  4. amirzaim pada 21 Jul 2011

    pesat sangat pembangunan firefox nih…macam apple jugak dengan iphonenya. Aku baru tak sampai sebulan pakai firefox 5, mai pulak firefox 8!

    • mirul pada 22 Jul 2011

      tak sama. sebab ini FREE. hahaa

      • ayap pada 22 Jul 2011

        trolled.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader