Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Firefox 8 baru sahaja dimulakan pembangunannya dan masih lagi pada saluran Nightly, namun begitu, ianya telah menunjukkan perkembangan yang menarik. Kini, ianya diperkatakan yang mana Firefox 8 berfungsi lebih 20% pantas berbanding Firefox 5 dari segi permulaan pelayar web, penggunaan JavaScript dan juga rendering.
Selain daripada itu, Firefox 7 diperkatakan akan membawakan pengurangan pada kadar penggunaan memori, dan ianya semestinya akan dinaik-taraf pada Firefox 8, sekaligus membawakan perkembangan yang lebih menarik pada pelayar web Firefox 8 kelak.
Nampaknya, dengan pengenalan pembangunan yang lebih pantas oleh Mozilla, ianya kini membawakan penambah-baikkan pada pelayar web mereka lebih pantas, dan mungkin ini akan dapat mengembalikan semula para pengguna mereka yang pernah kehilangan sebelum ini. Sama-sama kita nantikannya.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Dari segi pengurangan memori tu, masih tak nampak. Lain memang mantap, laju yang amat.
huhu jenuh nak upgrade.. tak sampai bapa bulan ada je versi baru
xtau kenapa masih setia ngan Chrome gk. mcm ada instinct Chrome akan keluar versi plg pantas lps ni. huhu
chrome ni ringan, tu yang best.. tapi minat ff lagi.. macam2 tools ada..
Syukur, firefox 5 slow sangat. lepas tu asyik crush je ==
crAsh la
+1
LOL’d
Firefox FTW!