30Jul

Firefox 9 Bakal Memulakan Pembangunan Pada 16 Ogos

Perisian, Sumber Terbuka

Firefox 5 sebelum ini telah menjadi pelayar web pertama yang mengikut latar masa pembangunan baru oleh Mozilla, dan kini pada 16 Ogos, Firefox 6 bakal dilancarkan, selain mana pembangunan versi lain akan bertukar saluran, dimana Firefox 7 akan ke versi Beta, Firefox 8 ke versi Aurora, dan Firefox 9 memulakan pembangunan melalui Nightly.

Buat masa ini, pihak Mozilla dalam pembangunan akhir Firefox 6, yang mana akan dilancarkan dalam masa kurang 3 minggu lagi. Sejak dilancarkan Firefox 6 Beta, sebanyak lebih 72 perubahan telah diperkenalkan, yang mana majoritinya adalah berkaitan sekuriti dan juga kestabilan.

Melalui Firefox 6, ianya akan membawakan masa permulaan yang lebih pantas, dan akan membolehkan para pengguna untuk menggunakan pelayar web tersebut dengan lebih laju, selain mana turut membolehkan anda menguruskan privasi dengan mudah seperti menetapkan web mana yang dibolehkan untuk menyimpan kata laluan dan sebagainya, dan sokongan add-on yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada 16 Ogos ini, dimana fungsi penuhnya bakal diumumkan secara rasmi pada hari tersebut.


Mozilla Minefield - Pelayar Terpantas Di Dunia?
Canalys : Android Melangkaui Symbian
Office 15 Mencapai Fasa Milestone 2?
Versi Pembangunan Opera 12 Menjimatkan Penggunaan Memori Sehingga 7%
Docomo Memperlihatkan Demo Aplikasi Penterjemah Suara Masa-Nyata

22 Komen

  1. EddyGeek pada 30 Jul 2011

    kekdang bila baca pasal development firefox, rasa nak gelak pun ada. kejap sgt. tapi firefox gak terbaik.

  2. SJ pada 30 Jul 2011

    lju btul firefox ni

  3. sword pada 30 Jul 2011

    Mesti best..

  4. haha pada 30 Jul 2011

    sapot css3 tak?..

  5. bobo pada 30 Jul 2011

    firefox sentiasa update n development amat laju..smpai x ter catch up..huhu

  6. Aizat pada 30 Jul 2011

    <—– Still Gune FireFox 3.6 :)

  7. ariff pada 30 Jul 2011

    ada orang cakap kalau guna ffx8 blog aku hancur. betul ke?

    • Eizil pada 30 Jul 2011

      aku try buka guna nightly 8.0a1 okay jer blog ko.

  8. snazzybizarre pada 30 Jul 2011

    firefox makan RAM banyak… O_o

  9. Pemerhati pada 30 Jul 2011

    cepat nye.

  10. Fikri pada 30 Jul 2011

    16 ogos ni firefox 6 atau firefox 9?

  11. Twit N View pada 30 Jul 2011

    musang semakin berapi-api…dari ekor 5 nk keluar 6, dlm simpanan sampai 9 ekor rupanya…caya ler…

  12. myFirdaus pada 30 Jul 2011

    perghhh. laju je kan.

  13. din je pada 30 Jul 2011

    firefox 5 ni asyik crash je memanjang…ak xgne pon ttibe die leh crash..ahdoi

    • anazhd pada 30 Jul 2011

      tu bukan masalah ffox. tu masalah spec pc/laptop :3

    • Namawee pada 30 Jul 2011

      Laptop Pentium 2 ram 256 mb SDRAM nak main solitaire pun takleh. Ni lagikan nak run Firefox.

  14. Janjang pada 30 Jul 2011

    pe beza tiap version yg mcm klua skali gus ni eh?

  15. faiz pada 30 Jul 2011

    laju giler devel dia…kejap je dah tuka version..huhu

  16. haziqfathihin pada 30 Jul 2011

    sama je sbnrnya…cuma dulu versi ff byk kpd 3.6.4 then 3.6.5 mcm tu…skrg diaorg xnak buat cmtu g..terus kepada firefox 4 kpd firefox 4.0.1 then kpd firefox 5 trus…skrg ni korang nmpk laju je dsbbkan firefox dh bhgi kan kepada 3 versi, nightly ( masih dlm pmbgnan dan byk bug yg akan terjadi xsesuai nak dijadikan defult browser ) then aurora ( versi yg hmpr ke beta,masih dlm pmbgnan ) yg ke tiga lak versi beta ( versi terakhir dan akan di compile smua utk jadi final )

  17. wazy pada 30 Jul 2011

    semakin pantas firefox ni

  18. puppet pada 31 Jul 2011

    @aizat firefox 3.6 o 3.5 ade vulnerabilities using metasploit…
    btter ko tuka cepat2…

  19. D pada 15 Aug 2011

    Sedang menggunakan Nightly skrg (sejak dari awal bulan 7)…..Laju…lawa dan jarang crash setakat guna ni…..:)


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader