20Jul

Aplikasi FourSquare 3.0 Untuk BlackBerry Dilepaskan

Web 2.0

Setelah mengeluarkan kemaskini untuk Android dan iOS, kini FourSquare turut mengemaskini aplikasi mereka untuk pengguna BlackBerry, dan telah pun melancarkan aplikasi FourSquare untuk BlackBerry 3.0 secara rasminya, membawakan pelbagai perkara baru, termasuk antaramuka yang diberikan nafas baru padanya.

Walaubagaimanapun, ianya masih tidak menyertakan sokongan BBM sepertimana yang terdapat pada versi pembangunan FourSquare untuk BlackBerry 3.0 sebelum ini. Namun begitu, FourSquare memperkatakan yang mana ianya bakal diperkenalkan secepat mungkin tidak lama lagi.

Namun begitu, kemaskini ini membawakan beberapa perkara baru, termasuk memperlihatkan beberapa lokasi cadangan untuk dilawati, dan juga integrasi tawaran harian daripada beberapa lokasi berhampiran, hasil kerjasama FourSquare dan juga beberapa laman diskaun terkemuka.

Para pengguna BlackBerry boleh mula memuat-turun aplikasi FourSquare untuk BlackBerry 3.0 dan menggunakannya hari ini sebelum integrasi BBM diperkenalkan tidak lama lagi.


Dr Rozmey Memperkenalkan Direktori Carian Lokasi - dRPlaces
88.4% Daripada Pengguna Internet Malaysia Mempunyai Akaun Facebook
Aplikasi Maybank2U Bakal Diperkenalkan Untuk Para Pengguna iPad
Sebanyak 32.1% Masa Pelayaran Pengguna Malaysia Adalah Dengan Mengakses Rangkaian Sosial
WTFRU Membolehkan Anda Berkongsi Lokasi Semasa Dengan Rakan Lain

1 Komen

  1. miizan pada 20 Jul 2011

    baru jew update 3.0.. jom kita try


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader