16Jul

Aplikasi iPhone FourSquare Kini Turut Membawakan Sokongan Notifikasi

Apple, Web 2.0

Setelah memperkenalkan kemaskini untuk para pengguna Android, kini FourSquare turut sama memperkenalkan kemaskini aplikasi mereka untuk para pengguna iPhone, dimana kini mereka turut sama boleh menguji dan menggunakan cara baru notifikasi diperlihatkan kepada semua.

Melalui sokongan notifikasi yang diperkenalkan, kini semua pengguna Android dan iPhone boleh ketahui sekiranya rakan-rakan mereka meninggalkan komen, menyertai FourSquare atau berada berhampiran dengan mudah dan pantas berbanding sebelumnya. Integrasi sokongan diskaun laman tawaran harian daripada Living Social dan beberapa yang lain turut diperkenalkan, namun tiada sebarang efek kepada para pengguna tempatan buat masa ini.

Para pengguna FourSquare yang menggunakan iPhone boleh memuat-turun aplikasi FourSquare versi terkini ini terus daripada AppStore secara percuma dan mudah.


Mac OS X Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru
Blogspot Membawakan Fungsi Halaman Statik
Aplikasi FoodSpotting Hadir Ke Platform Windows Phone
Facebook Turut Memperkenalkan Fungsi Timeline Pada Peranti Mudah-Alih
RojakME Bakal Melancarkan Aplikasi Ocupy Untuk iOS Tidak Lama Lagi

2 Komen

  1. jipang_menjerit pada 16 Jul 2011

    yeahh..baru update..w00t w00t :p

  2. izzatruslan pada 17 Jul 2011

    sudah update…hehehe :D tapi fungsi notifikasi ni macam jarang guna..berapa ramai yg komen check-in kat 4sq? hee..rata2 kongsi kat FB/Twitter je..dari situ je orang komen..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader