12Jul

FourSquare Dalam Perbincangan Bersama Groupon

Web 2.0

Dalam usaha untuk menjana pendapatan tanpa menganggu para pengguna, kini FourSquare dalam perbincangan bersama beberapa nama besar, termasuk Groupon, dimana mereka dijangka akan mengumumkan kerjasama bersama-sama beberapa penyedia kupon dan tawaran harian pada hari ini.

Ianya diperkatakan buat masa ini, ianya telah berbincang dengan LivingSocial dan sedang berbincang bersama-sama pihak Groupon buat masa ini. Melalui kerjasama kedua-dua pihak ini kelak, ianya kelak akan membolehkan para pengguna terus menyemak tawaran harian dan diskaun berdekatan terus melalui peranti mudah-alih mereka ketika mendaftar masuk ke sesuatu lokasi.

Sekiranya FourSquare dan juga Groupon mengumumkan kerjasama, mungkin kita juga akan menerima tempiasnya memandangkan terdapatnya Groupon di Malaysia. Mungkin juga kelak kita akan dapat melihat LivingSocial memasuki arena Malaysia dan menawarkan perkhidmatan mereka disini.

Walauapapun, sama-sama kita nantikan pengumuman daripada FourSquare berkaitan perkara ini pada hari ini.


Akaun Berdaftar Twitter Melebihi Angka 105 Juta
Facebook Mengambil-Alih Snaptu
AVG Melancarkan Perkhidmatan Storan Atas Talian - LikeKive
JomBorak - Bersembang Dengan Rakan-Rakan Berdasarkan Fungsi Geolokasi
Fail APK Untuk Flipboard Mula Tersebar Di Arena Internet

1 Komen

  1. Twit N View pada 12 Jul 2011

    lepas ni check-in dan bank-in kena jln serentak ler…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader