04Jul

Galaxy S2 Versi Windows Phone Dalam Pembangunan?

Gajet

Kini, ianya diperkatakan yang mana Samsung dalam proses menyediakan peranti Windows Phone Mango mereka, berdasarkan kepada versi Galaxy S2 yang amat popular, dan dijangka akan membawakan beberapa ciri-ciri yang seumpama dan serupa dengan versi Android-nya.

Ianya dilaporkan yang mana Samsung kini sedang menguji peranti dengan nama SGH-i937 (Samsung Galaxy S2 menggunakan SGH-i927). Dengan perubahan sebanyak lebih kurang 10 angka pada angka versinya, ianya mungkin akan membawakan spesifikasi yang lebih kurang serupa dengan Samsung Galaxy S2.

Sebelum ini, melalui Samsung Galaxy S2, ianya membawakan skrin Super AMOLED 4.3-inch, cip dwi-teras, RAM 1GB, dan juga kamera belakang 8-megapixel serta kamera hadapan 2 megapixel.

Mungkin peranti Windows Phone daripada Samsung ini hanya sekadar ujian sahaja, ataupun mungkin juga kita dapat melihat ianya dilancarkan. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Maxis Turut Sama Menawarkan Sony Ericsson Xperia Play
Microsoft Memudahkan Perkongsian Kereta Melalui Aplikasi We're In
Jualan Peranti Keluarga Samsung Galaxy S Melangkaui Angka 30 Juta Unit
Ultrabook Asus ZenBook Di Malaysia November Ini
BlackBerry OS 10 Akan Diperlihatkan Pada Bulan Februari Kelak?

2 Komen

  1. matjoe pada 04 Jul 2011

    yang android punya pun xde stok.

  2. akubiomed pada 15 Jul 2011

    Samsung Galaxy S II laku macam goreng pisang.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader