05Jul

Gangguan Internet Talian TM Seluruh Negara Pada Pagi 7 Julai

Telekomunikasi

Sebelum ini, beberapa pembaca Amanz telah melaporkan gangguan pada perkhidmatan internet mereka, dan ini disahkan sendiri oleh Telekom Malaysia, dimana gangguan dijangka berlangsung sehingga 15 Julai, mengikut kawasan. Pada masa yang sama, gangguan talian internet TM seluruh negara dijangka berlaku pada 7 Julai ini sekitar 1 hingga 4 pagi.

Pada 7 Julai akan datang ini, TM dijangka bakal mengemaskini rangkaian teras TM mereka antara pukul 1 pagi hingga 4 pagi yang mana akan memberikan kesan kepada seluruh negara. Selepas tarikh tersebut, kemaskini rangkaian akan dlakukan secara berperingkat dibeberapa kawasan sahaja.

Namun begitu, ianya hanyalah sekadar gangguan kecil, dan mungkin ramai yang tidak akan perasan gangguan tersebut. Para pengguna TM boleh rujuk kepada jadual rasmi TM pada halaman rasmi mereka, ataupun mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan TM.


Maxis Memperkenalkan Mikro-SIM Untuk iPad 3G
HTC HD7 Di Lancarkan Di Malaysia
Media Sosial Semakin Menarik - P1 Mempromosikan Yes Melalui Halaman Facebook
DiGi Bakal Menawarkan Nokia N9 Untuk Penggunanya?
Nokia Mengintegrasikan Peranti Mereka Pada Kereta Melalui Nokia Car Mode

15 Komen

  1. topo pada 05 Jul 2011

    perghhh kena tido awal hari tu nanti -.-

  2. jackieKOH pada 05 Jul 2011

    1am?? ok..naseb bek bukan 1pm.. haha

  3. Twit N View pada 05 Jul 2011

    temerloh pun termasuk juga dlm jadual naik taraf TM, tapi aku dah merasa deritanya sejak bulan lepas lagi…

  4. Hafiz pada 05 Jul 2011

    Perghh upgrade pe tuh sampai nationwide

  5. suffer8zine pada 05 Jul 2011

    huhu time tu la den tgh sakan blogwalking,

  6. [Mist-™] pada 05 Jul 2011

    Erm, gangguan ape yang dah mulai rasa sejak baru2 ni ye? Nyahkelajuan internet ke?

  7. Mashi pada 05 Jul 2011

    Unifi tempat kerja aku pon lembap semacam je..tak sebelum2 ni berdesup

  8. ProfHariz pada 05 Jul 2011

    Errrrrrr… Xboleh berinternetlah jawabnya~

  9. ProfHariz pada 05 Jul 2011

    Tak onlinelah jawabnya.. Harap2 lepas nie line lebih baik dan tiada gangguang yg di alami skrg~

  10. Orang Akaun pada 06 Jul 2011

    minggu ni pon dah slow dahh..

  11. MuJE pada 06 Jul 2011

    ok esok tido!

  12. HazIssac pada 06 Jul 2011

    perrgghhh.. patut la pon.. thanks bro!

  13. zik pada 07 Jul 2011

    aku pun ada perasan sebenarnya.. slow2 semacam jer bila download nih.. betullah tuh…


Trackbacks/Pingbacks

  1. Gangguan talian Internet TM seluruh negara pada 7 Julai | NotaKosong
  2. Gangguan Internet pada pagi 7 Julai | wrizuan[dot]net

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader