Cari @ Amanz

Kini, Telekom Malaysia telah pun mengeluarkan jadual penyelengaraan mereka daripada tempoh 16 Julai hingga 31 Julai, dimana melaluinya beberapa kawasan akan mengalami gangguan penggunaan internet, serta pada tarikh antara 25 hingga 31 Julai yang akan melibatkan pelayaran internet seluruh negara.

Pada 25 hingga 31 Julai kelak, TM bakal membuat kerja-kerja penyelengaraan yang melibatkan kabel bawah tanah SMW4 yang menyambungkan Malaysia ke Eropah. Ianya diperkatakan yang mana pada tarikh tersebut berkemungkinan para pengguna akan mengalami pelayaran web yang sedikit lambat, termasuk masa latency yang tinggi apabila mengakses laman-laman di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara.

Selain daripada itu, pada 26 Julai, mereka bakal mengemaskini rangkaian IPCORE mereka, yang mana melibatkan perkhidmatan internet dan suara ke Hong Kong dan juga Tokyo, serta pada 30 Julai TM bakal mengemaskini rangkaian IPCORE ke Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, menurut Telekom Malaysia, beberapa langkah akan diambil untuk membolehkan para pengguna melayari internet tanpa sebarang masalah sepanjang tempoh tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd