18Jul

GaySec Melepaskan Pangkalan Data Pengguna GengBlogger.com

Sekuriti

Hari ini, GaySec, salah satu kumpulan pengodam di Malaysia telah melepaskan pangkalan data pengguna pada laman GengBlogger.com, serta pada masa yang sama, turut memperlihatkan sebuah video khas memperlihatkan ianya mudah digodam. Walaubagaimanapun, laman GengBlogger masih boleh diakses seperti biasa buat masa ini.

Melalui pangkalan data yang disediakan untuk dimuat-turun melalui laman GaySec, ianya memperlihatkan pangkalan data pengguna seramai lebih 20000 pengguna padanya. Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak GengBlogger berkaitan perkara ini.

Berikut merupakan kenyataan pihak GaySec berkenaan dengan perkara ini;

Selamat malam,

Baiklah, kami mulakan dengan Assalamuaikum.
Terima kasih la ye kerana sanggup melawati laman sesawang Gaysec.net, sebuah laman web
yang memaparkan aksi gay, bontot dan pelbagai lagi yang menarik.

Setelah beberapa hari menyepi, kami terlalu sibuk dengan tugasan masing masing, tetapi
kami tidak lupa untuk mengubah dan menyelengara laman web gaysec ini dengan beberapa lagi
fungsi yang kami sendiri tak tahu. Kami telah menambah fungsi “Hacked Video Proof”.

Fungsi “Hacked Video Proof” adalah untuk menunjukkan bukti bagaimana kami telah memasuki
dan melakukan aksi gay di sesuatu laman bontot itu.

Oh, sebelum terlupa, mungkin korang dah banyak kali kan dengar laman sesawang GengBlogger.com
digodam? ye, memang itu la sebetulnya. Harini kami kebosanan, dan tiba-tiba tangan kami gatal
untuk memasuki laman sesawang GengBlogger.com itu, dengan menggunakan alatan yang telah kami
cipta suatu masa dahulu untuk memasuki GengBlogger.com itu dengan melakukan Payload Reverse
Connect.

Korang boleh melihat “Hacked proof” daripada kami di: http://gaysec.net/video/gengblogger.com-video.flv

Download gengblogger.com user table db: http:/www.gaysec.net/download/gengblogger_usertable.rar


Laman Malaysian Insider Di Godam Dan Di Ceroboh
Lebih Pilihan Widget Di Sediakan Oleh GengBlogger
Maybank2U Memperkenalkan Lapisan Sekuriti Yang Baru
Halaman Pemandu.gov.my Turut Sama Digodam
GengBlogger Dan 1Tube.my Bersatu Bawah 1Tube Network

45 Komen

  1. beliamuda pada 18 Jul 2011

    Dalam DB tu, ada data user sampai pukul 9:23 malam ni. Ish2… Leak habis DB user kat GB.

  2. Adam Roslan pada 18 Jul 2011

    Alahai. Kena lagi.

  3. life4hire pada 18 Jul 2011

    wooo..bahaya2…

  4. Affan pada 18 Jul 2011

    silap link aman:

    Download gengblogger.com user table db: http:/www.gaysec.net/download/gengblogger_usertable.rar

    Ko silap hyperlink kan

  5. xxx pada 18 Jul 2011

    cimb
    plkn
    hebat-hebat..

  6. tarmizishukri pada 18 Jul 2011

    bahaya ni, password tu still dpt di decrypt lagi..

  7. phoenixstudio pada 19 Jul 2011

    tp pki API facebook kn?

    • Aman pada 19 Jul 2011

      yup. pakai Facebook Connect.

  8. Eichikatsu pada 19 Jul 2011

    Bapak ah die…

  9. Hafaisy pada 19 Jul 2011

    no komen, sebab aku pun masih low bidang security.

  10. MaKR pada 19 Jul 2011

    Masa untuk tukar password twitter dan facebook. Keke.

    • hazari pada 19 Jul 2011

      err, nak log in GB kena connect ngan fb kan ? habis tu acc fb ni macam mane ?

      • mdfaizal pada 19 Jul 2011

        kalau login guna fb kira slmt lg. dorg just simpan id profile je,
        tp kalau yg rgister guna emel & ada pwd. boleh la nak dcrypt pakai tool

  11. Wan pada 19 Jul 2011

    hacker ni mmg gay ka?

  12. Fazreen pada 19 Jul 2011

    revoke acces GB apps kt FB setting la..nasib baik aku dah 3 bulan buang GB ni..

    • Eichikatsu pada 19 Jul 2011

      Aku siap buang sume..haha..kasi satup pswd bru+email lain..

    • Sham Hardy pada 19 Jul 2011

      aku dah revoke terus akaun gengblogger kat facebook aku.

      • izra pada 19 Jul 2011

        camne nak wat revoke tu ??
        tukar password ??

      • Amirez pada 24 Jul 2011

        nak tau juga camana nak revoke tu. dah try cari tadi tapi tak jumpa

  13. Coalthrexz pada 19 Jul 2011

    haha name diorang je dah tiru group hacker kt uk lulzsec

  14. Mr.Bintang pada 19 Jul 2011

    adui.. password bocor suda.. hohoho…

  15. izzatruslan pada 19 Jul 2011

    Gaysec ni nampak lagi radikal..hehehe ^.^

  16. Juan pada 19 Jul 2011

    bahaya nyer, ader cara x nak selamatkan blog kita

  17. Omar pada 19 Jul 2011

    Pasni kalau dia releasekan script PHP tu, memang system yang GB guna patut diopensourcekan lah.

    • Bro Framestone pada 23 Jul 2011

      kalau la si TUUTTTTT nak open source kan…

      bro nk beli pun.. dia tetap xnak jual scriptnya

  18. MuJE pada 19 Jul 2011

    kena lagi…

  19. mancai pada 19 Jul 2011

    wah kali kedua ni… bahaya2

  20. Kujie pada 19 Jul 2011

    baru tukar password dlm sebulan lepas…

  21. matjoe pada 19 Jul 2011

    ok, now that we know, so bleh guna password yg berbeza untuk gengblogger sahaja. kalau guna password yg sama untuk akaun lain, mmg sure la ada risiko kene curi password

  22. fadzioriq pada 19 Jul 2011

    aku pun xtau akaun fb mana aku reg kat GB nih, hahahaah~nih lah bahana nyer ade 5 akaun fb~just untuk register utk web api aje~tuh xter masuk personal punyer tuh~hahaha

  23. crynobone pada 19 Jul 2011

    Great!… 20,000 email boleh aku jual kat ‘viagra’ spammer (password bukan the only thing yang orang boleh pergunakan)

  24. shifaa pada 19 Jul 2011

    semalam macam takleh masuk jab huhu
    ari ni macam takut nak masuk kikiki

  25. Fauzi Nor pada 19 Jul 2011

    nampaknya, buang sahaja je la Gengblogger nie.. Traffic dari situ pun x menyumbangkan kan pun..

  26. huh pada 20 Jul 2011

    gile betol dorg ni,streamyx pn kne jgk.

  27. Abszeen Picco pada 20 Jul 2011

    wohoooO sangat bahaya…mcm mane nak tukar pswd acc streamyx. and perlu ker?

  28. Kamil ace pada 20 Jul 2011

    aku dah remove GB dari facebook..bahaya betol..zzz

  29. Obefiend pada 20 Jul 2011

    seb baik aku bukan gengblogger. aku geng AMANFIRDAUS Jeww

  30. Bro Framestone pada 23 Jul 2011

    amanz…

    blog mu xde version hp ke…??

    cam lambat nak load dekat hp bro… so banyak benda menarik bro termiss sebab lambat nak baca dekat hp bro…

    lagi satu bro selalu di luar kawasan

  31. ceciput cecubin pada 25 Jul 2011

    Link video tu just nk dapat google ads… link btl die ni http://www.gaysec.net/xv3deo/gengblogger.com-video.flv

  32. puppet pada 31 Jul 2011

    website dorg tutop smntare…
    agk2 nye de de bnde bru kot…
    wait n see…
    ;)

  33. iddin pada 02 Aug 2011

    MEMANG HEBAT DORANG NI


Trackbacks/Pingbacks

  1. Gengblogger hacked by GaySec, user database leaked - Eins.MY | Eins.MY

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader