20Jul

GaySec Menutup Sementara Laman Utama

Sekuriti

Selepas melepaskan data pengguna GengBlogger dan juga Streamyx serta beberapa yang lain sebelum ini, kini GaySec kelihatan menutup sementara laman mereka diatas kehendak mereka sendiri, dan akan kembali tidak lama lagi.

Namun begitu, GaySec tidak memberikan sebarang info berkenaan dengan bilakah mereka akan kembali beroperasi semula. Sebelum ini, GaySec telah memperlihatkan beberapa masalah sekuriti pada laman-laman terkemuka, yang mana tidak diambil serius oleh pelbagai pihak.

Salah satu data terbesar yang telah dilepaskan mereka adalah data berkenaan dengan akaun Streamyx yang berjumlah lebih daripada 2 juta akaun. Namun begitu, mereka masih mengambil berat isu keselamatan dengan memadam pelbagai data peribadi sebelum melepaskannya kepada umum. TM turut sama telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara tersebut.


Avast 5.0 Free AV Membawakan Antaramuka Serba Baru
Devilzc0de Inginkan Malaysia Dan Indonesia Berdamai
Halaman Facebook Oh!MediaFM Digodam
Video Kedua OpMalaysia Bukan Daripada Anonymous?
Laman UltrasMalaya Digodam Pengodam Singapura

11 Komen

  1. beliamuda pada 20 Jul 2011

    Company2 besar yang banyak guna medium IT/internet based kat Malaysia ni tak rasa nak hire GaySec ke?

  2. sankai pada 20 Jul 2011

    gaysec punya niat sebenarnya bagus. cuma tak bleh blah nama yang digunakan..ahahhahah..

  3. saidi pada 20 Jul 2011

    nama tu semacam jer…..

    • mosyar pada 20 Jul 2011

      indah nama dari rupa…keh..keh..keh.

  4. Hafoz pada 20 Jul 2011

    patut ‘Gesek’… hahahaha……

  5. Zaiman Noris pada 20 Jul 2011

    TM dah komen? Ada link tak?

  6. Fazreen pada 20 Jul 2011

    Tm konfirm cuak..

  7. Farid Zenon pada 20 Jul 2011

    TM tak mengelabah, itu aku jamin. seperti mana yang kita sedia maklum TM tulang belakang telikomunikasi Malaysia jadi protokol pihak TM perlu memberi penjelasan dah nama pun mahu menjaga jenama,
    Berbalik semula TM tulang belakang telikomunikasi jadi macam mana kau punya kuat laluan enkripsi kau masih menggunakan saluran TM cuma masa nak tangkap pesalah mungkin sedikit lambat.
    Dalam dunia ni “hacker glamor” mana yang tak mahu dicekup? semua hacker glamor akan dicekup dan itu tujuan mereka mengodam!
    Kawan deskripsi hashes MD5, SHA1 & NTLM sudah biasa sekarang,
    kesalahan utama, penguna tu leka masuk ketika laman web HTTPS itu tidak selamat, berkemungkin server dan system keselamatan web tidak berfungsi sepenuhnya.

    • lulz pada 20 Jul 2011

      bro pasti ke TM xmenggelabah?klu xmenggelabah xde nye dorg nk letak dlm news dorg n block gaysec.net xsmp dlm 24jam publish..

  8. syafieq pada 20 Jul 2011

    Gaysec,,,
    diorang memang betol3 GAY dalam hack2 nie…
    erk.maksud aku..gay for GEMBIRA…hehe…
    diorang memang betol3 gembira dengan hacking…. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader