16Jul

Google Bakal Menamatkan Sokongan IE7, Firefox 3.5 Dan Safari 3 Bermula 1 Ogos

Google

Setelah WordPress menamatkan sokongan untuk pelayar web yang lama, kini Google turut sama dijangka berbuat perkara sama, dan bakal menamatkan sokongan untuk pelayar web-pelayar web yang sudah beberapa tahun, termasuk Firefox 3.5, Internet Explorer 7, dan juga Safari 3. Penghentian sokongan ini bakal dikuat-kuasakan bermula daripada 1 Ogos kelak.

Selain daripada Blogger, Google juga turut sama bakal menamatkan sokongan pelayar web versi terdahulu untuk beberapa aplikasi berasaskan web mereka yang lain, termasuk Google Apps seperti GMail, Google Calendar, Google Talk, Google Docs dan juga Google Sites.

Untuk teruskan menggunakan perkhidmatan Google tanpa sebarang gangguan dalam penggunaannya, Google meminta para pengguna sedia ada untuk mengemaskini pelayar web mereka kepada versi terkini, tidak kira Chrome, Internet Explorer, Firefox mahupun Safari.


Video Menarik Sepanjang 2008 Di YouTube
Google Wave - Kolaborasi Masa Nyata Lebih Mudah
Galleri Extensions Chrome Kini Lebih Tersusun
Google Sekali Lagi Ingin Mencuba Nasib Di Arena Sosial
Google Mengeluarkan Kod Sumber 3D Viewer Yang Digunakan Pada Google Body

2 Komen

  1. soscod pada 16 Jul 2011

    untuk tahun 2011 nie byk kejutan dibuat oleh tycoon2 internet……semua perkara diperbaharui…..

  2. Zackey1984 pada 16 Jul 2011

    Banyak juga bende diperbaruhui…tapi bila fikirkan balik…ada kebaikannya… :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader