Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada Twitter yang memegang nama domain T.co, kini Google turut sama menyertainya, dimana kini Google telah pun memiliki nama domain G.co, dan bakal menggunakannya dalam produk-produk mereka sebagai pautan pintas bermula daripada hari ini. Harga pembelian nama domain tersebut walaubagaimanapun tida diumumkan oleh mereka.
Baru-baru ini nama domain .Co diumumkan telah mencapai lebih daripada 1 juta pendaftaran, selain mana ianya bakal meraikan ulang-tahun yang pertama dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
Domain .Co telah dianggap sebagai salah satu nama domain utama, selain turut diperkatakan sebagai penganti untuk nama domain .Com yang semakin banyak didaftar dan sukar untuk mendapatkan nama yang unik. Bilangan para pengguna tempatan yang menggunakan nama domain .Co masih lagi pada kadar yang kecil buat masa ini.
We’ll be shortening up official Google webpages with the URL shortcut g.co, stay tuned: http://t.co/8YWn2MW
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
harga .co lebih kurang USD23 aje…
convert into RM approx RM60+
tapi satu huruf dah jadi lain harganya. macam no plat kereta jugak.
haha..: )
.co pendek pun pendek.
harga domain .co ni lebih mahal ke drpd .com? terfikir nk pakai domain sendiri. kalau harga lebih kurang, nak gak pakai .co
co for corporation? nampak gah je kan
member Fb pkai. smart giler… nama dye David Di Franco then pkai domain daviddifran.co
Kalau malaysia ambil .my dah la.
Betul tu…dot my style juga bunyinya
did you get this? domain .co akan mendapat ranking yang tinggi di Google nanti, perhaps. pegi beli single keyword domain banyak2. wahaha
“memiliki nama domain G.com”
.co ke .com?