Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kemaskini : Nampaknya, masih terdapat sebilangan pengguna yang tidak dapat mengaksesnya buat masa ini. Mungkin Google akan memperkenalkannya secara berperingkat kepada semua.
……
Setelah memperkenalkan pada minggu lepas dengan membuka perkhidmatan dengan membolehkan rakan-rakan menjemput satu sama lain, kini nampaknya Google telah bersedia memperkenalkan perkhidmatan mereka dengan beta terbuka, dan membolehkan sesiapa sahaja mendaftar masuk perkhidmatan tersebut dengan mudah dan pantas menggunakan akaun Google.

Kini, para pengguna tidak lagi memerlukan sebarang jemputan, dan sudah boleh mula menggunakan rangkaian sosial Google+ yang mana kelihatan amat menarik sekali. Ianya juga turut sama membawakan kawalan privasi yang lebih mantap, membolehkan anda menetapkan apa yang anda ingin kongsi akan dengan sesiapa, melalui fungsi yang dikenali sebagai Circles.
Ianya juga turut sama membolehkan anda membuat panggilan video dan sebagainya dengan mudah, tanpa memerlukan sebarang aplikasi tambahan. Dan yang menarik sekali, sistem notifikasinya boleh didapati disebarang halaman Google, termasuk Google News, dan carian Google, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu halaman dimana anda menghabiskan masa yang paling lama, berbanding Facebook.
Mungkin anda boleh cubanya hari ini, dengan mendaftarkan diri di Google+, dan kami akan menyusul dengan ulasan ringkas tidak lama lagi.
Info Awal : AzmanIshak
24 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku akan daftar secepat mungkin…sebelum lebih kuota….
Terbaik, mesti cuba
tak reg boleh pun adik amanz?
dah tutup balik ke?
Dah klik, xde pon, keluar mesej ni
“Google+ is in limited Field Trial
At the moment, we’re testing with a small number of people, but it won’t be long before the Google+ project is ready for everyone. Leave us your email address and we’ll make sure that you’re the first to know when we’re ready to invite more people.”
mungkin dia intro dalam small group kot. sebab test tadi dengan dua akaun member, dua-dua boleh register. dua-dua takde dapat invite sebelum nie.
Ok, masuk ni dah 3 kali register tpi xdpt2 invite ;(
sekejap je bukak tu..tak sampai 10 saat, tutup balik kot..gila laju orang ni :p
aiyakk.. kuciwa kuciwa
baru je nk daftar akaun 1 ag. tp xle jugak. “Google+ is in limited Field Trial”. emm npe ek. belum open sepenuhnya?
oh nooeee… ini ini harapan palsu
kena masuk link ini
https://services.google.com/fb/forms/googleplusenuk
Da daftar…tp da terlambat la pulak,da tinggal kan email,tunggu jela email dr dorg nanti..haiyuyyooo
dibuka secara berperingkat, sebab aku pun lepas tadi signup new acc tadi..tapi lepas tu dia close semula, so kena pandai2x lah
Google+ da open untuk public.
Boleh add https://plus.google.com/109056467445027677143 untuk circle korg
thanks amanz! invite gua..hehe
hang masuk ar circle aku sekali weh “syahril hafiz” ok
Aiyaa… please try again soon.
Apa sudah jadi dgn google realtime?
wohhoo, dah cube. cam best jer nak xplore, cepat sebelum blok from office
Google+ is in limited Field Trial
Argghh terlambat lagik
mmg menarik ni,tp mampukah ianya bersaing dgn Facebook atau Twitter?
dah tutup dah…. mungkin lepas nih dibuka kalau dah stabil kot