28Jul

Google Maps 5.8 Untuk Android Lebih Memfokuskan Kepada Google Places

Google

Google Maps 5.7 untuk Android baru sahaja dilepaskan pada awal bulan Julai tempoh hari, dan kini Google bergerak pantas, dan telah pun mengeluarkan kemaskini untuknya, iaitu Google Maps 5.8 dengan pelbagai perkara baru, menjadikan aplikasi peta dan navigasi daripada Google itu semakin menarik lagi.

Apa yang dapat dilihat secara rambangnya adalah dimana Google Maps 5.8 membawakan integrasi Google Places dan Latitude secara lebih mendalam, dan turut memperkenalkan sebuah perkara baru dipanggil My Places. My Places sebelum ini diperkenalkan pada pengguna desktop, dan kini disokong pada Android, membolehkan anda mengakses halaman yang anda tandakan dan laman-laman Places yang anda lawati baru-baru ini diperlihatkan padanya.

Selain daripada itu, kini para pengguna boleh memuat-naik gambar ke Google Places dengan mudah, sekaligus menjadikan sesuatu halaman Google Places itu lebih menarik lagi untuk rujukan orang lain, dan anda sendiri.

Google Maps 5.8 juga turut sama membolehkan para pengguna menambah Places yang baru dengan mudah dan pantas apabila hendak mendaftar masuk ke dalam sesuatu lokasi itu. Selain itu, fungsi eksperimental untuk memuat-turun data peta sebelum ini, kini dikenali sebagai “Pre-Cache Map Area” dan menerima fokus yang lebih daripada sebelumnya.

Para pengguna Android 2.1 dan terkini boleh memuat-turun Google Maps 5.8 untuknya secara terus melalui Android Market, dan mencuba pelbagai fungsi lain lagi yang didatangkan padanya.


Penerangan GDrive Di Temui Pada Google Pack
Android Market Akan Mengintegrasikan PayPal
Android 2.3 Gingerbread Pada 11 November?
Google Melancarkan Halaman Untuk Perniagaan Dan Jenama - Google+ Pages
Lebih 250 Juta Peranti Android Diaktifkan - Angka Muat-Turun Aplikasi Melangkaui 11 Billion

5 Komen

  1. Fikri pada 28 Jul 2011

    yehaaa

  2. Aiman pada 28 Jul 2011

    coollah.lps neyh Andriod msti lagi perform

  3. haziqfathihin pada 28 Jul 2011

    android is the best!

  4. KawanGeek pada 28 Jul 2011

    best2!

  5. IzhamHasan pada 28 Jul 2011

    Terbaik… walaupun tak selalu guna .. hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader