Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam usaha untuk menjadikan internet lebih selamat, kini Google telah pun membuang lebih daripada 11 juta subdomain .co.cc daripada hasil carian enjin carian mereka, kerana diperkatakan menawarkan pelbagai perkara yang boleh menjejaskan pengguna, termasuk mengehos malware dan menyediakan laman-laman spam.
Seperti sedia maklum, .co.cc merupakan salah satu penyedia URL untuk para pengguna mendapatkan alamat yang menarik tanpa kos. Namun ianya kelihatan perkara tersebut disalah gunakan, dan membuatkan Google membuangnya daripada hasil carian mereka.
Sehingga kini, ianya dilaporkan yang mana terdapat lebih daripada 11,383,736 nama subdomain .co.cc telah didaftarkan oleh para pengguna, sekaligus menjadikannya salah satu nama suddomain yang popular didunia. Walaubagaimanapun, dengan tindakan Google ini, mungkin angka pengguna yang tertipu dengan laman .co.cc akan berkurangan, disamping menjaga kualiti hasil carian yang dipaparkan kepada pengguna Google.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ada kompany nama rahim&co
rahim maruf ke..hehehe
“mengehos”? Aku belajar perkataan baru hari ni. Hehehehe
Hahaha…dah tak tau nak tukar jadi apa dalam BM tu
Mungkin perkataan yang betul ialah menghoskan.
11M? gila banyak..aku ingatkan tak ramai mana pakai domain lagu tuh
chedet.co.cc camne?
fuh! nasib blogspot aku tak tukar lagi..haha
dh ada orang kebas domain tu
wah banyak tu… nasib baik dah tak guna co.cc ni
Damn!!! hilang satu bulan 10USD-20USD ni, aduhh
aku dah hilang da bro…hampes nye google.
Nyaris2 nak guna ari tu.
Pehhh… selamat. Nampaknya kekal dengan domain berblogspot la.
lol, akuh nyer blog mner de spam spam ni.
tp da kene tapis da.
lolz !
ada cara x nak retrive balik ea ?
eg: claim
;DD
yes! akhirnya dah kena buang! banyak sangat site co.cc yang annoying sekarang ni