25Jul

Aplikasi Google+ Untuk Windows Phone Seawal Minggu Ini?

Google, Microsoft

Selepas aplikasi Google+ dilancarkan untuk Android dan baru-baru ini untuk para pengguna iOS, kini ianya kedengaran yang mana aplikasi sosial daripada Google itu turut sama bakal menemui para pengguna Windows Phone, berkemungkinan seawal minggu ini. Namun tarikh pastinya masih tidak diketahui buat masa ini.

Melalui aplikasi mudah-alih Google+, ianya membolehkan para pengguna rangkaian sosial Google itu mengikuti perkembangan dengan mudah, dan pada masa yang sama berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain melalui fungsi Huddle yang didatangkan bersamanya. Berkemungkinan, dalam masa akan datang, lebih banyak fungsi akan diperkenalkan.

Selain daripada itu, rangkaian sosial Google itu masih kekal dalam peringkat beta tertutup buat masa ini, dan diperkatakan akan dilancarkan kepada umum tidak lama lagi. Mungkin juga aplikasi untuk platform lain, seperti Symbian dan BlackBerry turut sama akan diperkenalkan oleh mereka.


Import dan Eksport Artikel Anda Pada Blogger
Blogspot Memperkenalkan Pemain Video Baru
Carian Masa Nyata Mendapat Perhatian Google
Priority Inbox Diperkenalkan Untuk Perantian Mudah-Alih
Chrome 11 Beta Membawakan Sokongan Input Suara Melalui HTML5

4 Komen

  1. Azah pada 25 Jul 2011

    untuk iphone??

  2. zuan pada 25 Jul 2011

    tapi masih slow google+ ni..

  3. az pada 25 Jul 2011

    salam.. amanz ,boleh invete lagi x google+??

  4. zairy pada 26 Jul 2011

    dah support semua os ke app ni..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader