Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, Google bakal memperkenalkan sokongan halaman profail untuk perniagaan dan juga jenama tidak lama lagi, iaitu pada suku tahun ketiga tahun ini. Bersama-sama dengannya, ianya turut sama akan membawakan pelbagai fungsi menarik, termasuk sokongan statistik dan juga fungsi perkongsian yang lebih menarik.
Buat masa ini, memandangkan masih tiada sebarang sokongan untuk jenama dan perniagaan menggunakannya, beberapa pihak telah mula menggunakan halaman individu untuknya. Namun begitu, perkara tersebut tidak digalakkan oleh Google, malah beberapa akaun turut dibuang oleh Google.
Google pada masa yang sama mengatakan yang mana akaun Google+ untuk perniagaan dan juga jenama akan lebih menarik, dan bersesuaian dengan penggunaannya kelak, dan bakal diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi, iaitu dalam suku tahun ketiga tahun ini.
Perkara ini juga turut sama memperlihatkan yang mana pelancaran rasmi Google+ juga semakin hampir dari hari ke hari.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah. berbisnes di G+ pula
semakin tak menarik google+ skg ni..kui3
+1
Google+ yeh!
ni feature yg mmg aku tunggu. keep updated. thanks
yup, senang skit nak wak bisnes dlm g+
apa agaknya nak dibuat google + tuh..masih blur2 nak guna…
Apa jer fungsi tambahan yang akan diperkenalkan bersama-sama akaun untuk jenama atau perniagaan ni yer.
xsabar nak tgk perbezaan dgn yg dh sedia ada kat fb.