14Jul

Groupon Malaysia Kini Bekerjasama Bersama-sama Visa

Web 2.0

Kini nampaknya, Groupon Malaysia bersama-sama dengan penyedia perkhidmatan kad kredit terkemuka, Visa telah pun bekerjasama, dimana melaluinya, Groupon Malaysia menyediakan sebuah halaman eksklusif untuk para pengguna Visa, dan menawarkan diskaun khas yang lebih menarik untuk mereka.

Kupon dan diskaun khas untuk para pengguna Visa ini pada Groupon Malaysia juga memerlukan para pengguna membayarnya menggunakan kad kredit Visa mereka. Perkara ini, sekaligus menguntungkan pengguna kedua-dua pihak, dimana pengguna Groupon Malaysia yang menggunakan Visa dapat menikmati tawaran diskaun yang lebih menarik berbanding pengguna yang lain.

Pada masa yang sama, Groupon Malaysia juga dalam proses pemindahan ke nama domain baru, dan berkemungkinan domain GroupsMore.com akan kekal digunakan oleh mereka. Domain Groupon.my telah pun mula beroperasi, dan mereka juga bakal melancarkan perkhidmatan mereka di Pulau Pinang.


WordPress Kini Di Kemaskini Ke Versi 2.9.1
CIMB Memperkenalkan Aplikasi Untuk Pengguna Android
Facebook Melancarkan Butang Subscribe Untuk Digunakan Pada Laman Web
WikiPedia Menutup Laman Utama Selama 24 Jam Atas Protes Terhadap SOPA
Sokongan Open Graph Pada Facebook Akan Mula Diaktifkan Hari Rabu Ini?

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader