15Jul

Groupon Memperluaskan Perkhidmatan Ke Pulau Pinang

Web 2.0

Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, pada hari ini, secara rasminya Groupon Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan mereka kepada para pengguna di Pulau Pinang, membolehkan para pengguna di Pulau Pinang turut sama menikmati diskaun dan tawaran harian daripada kedai-kedai dan perniagaan berdekatan dengan mereka.

Dengan pelancaran di Pulau Pinang, ianya sekaligus menjadikannya sebagai negeri pertama yang mana Groupon Malaysia memperkenalkan perkhidmatan mereka, selain daripada kawasan Lembah Klang dan Selangor. Selain daripada itu, angka pengguna Groupon Malaysia yang menghampiri 500,000 orang pengguna itu mungkin akan meningkat dengan drastik dengan pelancarannya di Pulau Pinang.

Selain daripada Pulau Pinang, Groupon Malaysia juga bakal memperkenalkan perkhidmatan mereka di Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu dan juga Johor Bahru sebelum penghujung tahun ini. Sebelum ini, Groupon Malaysia turut sama telah bekerjasama bersama-sama dengan pihak Visa, memperkenalkan tawaran harian khas untuk para pemegang kad kredit Visa. Mungkin lebih banyak perkara yang kita akan dapat lihat daripada Groupon Malaysia dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.



Lebih 9.5 Juta Rakyat Malaysia Menggunakan Facebook
MicroTheme Dilancarkan Secara Rasminya
Twitter Kini Membolehkan Anda Melihat Timeline Rakan
Lelong.my Bakal Memperkenalkan Fungsi Permesejan Pantas
/F/MY/ Akan Membolehkan Pengguna Berkongsi Kisah "Fakap" Mereka

1 Komen

  1. reezluv pada 16 Jul 2011

    kot dapat macam retailmenot best le..:D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader