08Jul

Halaman Profail Google+ Untuk Jenama Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Google

Google+ telah pun diperkenalkan sebelum ini, dan ramai pengguna yang telah menggunakannya untuk membina profail untuk jenama, persatuan dan sebagainya. Kini, Google sendiri mengesahkan yang mana mereka bakal memperkenalkan fungsi tersebut tidak lama lagi, dan meminta pengguna menghentikan penggunaan profail individu untuk perkara tersebut.

Menariknya, melalui halaman profail untuk jenama, persatuan dan sebagainya itu kelak, ianya akan membawakan beberapa nilai tambahan, termasuk sokongan statistik, dan kebolehan untuk berhubung dan diintegrasikan bersama identiti Google yang lain, termasuk Google Adwords (dan mungkin Google Apps?).

Pada masa yang sama, Google sendiri telah mula mengemaskini dengan memadam beberapa halaman profail jenama yang telah diaktifkan. Bagi yang ingin menyertai dalam program ujian halaman profail Google+ untuk jenama kelak, anda boleh mendaftarkan minat, dan mungkin Google akan hubungi anda dalam masa terdekat sekiranya anda terpilih.


Google Membawa Nostalgia Enjin Carian Pada 2001
Enjin Carian Google Kini Di Jana Google Instant
Google Mula Menguji Fungsi Perkongsian Sosial
85% Pengguna Baru WP.com Berhenti Menulis Dalam Tempoh 30 Hari
Antaramuka Blogger Baru Akan Diaktifkan Untuk Semua Dalam Beberapa Minggu Lagi

3 Komen

  1. Eichikatsu pada 08 Jul 2011

    Mantap Aman punya info! :)

  2. helmy pada 08 Jul 2011

    amanz jemput saya boleh zhelmys@gmail.com

  3. Twit N View pada 08 Jul 2011

    amanz network dah isi borang tunjuk minat tak?
    sila berbuat demikian segera yer, jenama anda kan popular di Malaysia..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader