06Jul

Hotmail Menyambut Ulang-Tahun Ke-15

Microsoft

Hotmail dengan seramai lebih daripada 360 juta pengguna, kini menyambut ulang-tahun mereka yang ke-15 sebagai penyedia perkhidmatan emel, dan berkongsikan beberapa perkara dan pencapaian menarik oleh Hotmail dalam tempoh yang amat ringkas ini.

Baru-baru ini, Hotmail telah berkongsi akan yang mana kini mereka hampir lebih 10 kali ganda pantas berbanding sebelumnya, dan menurut Microsoft, Hotmail lebih pantas dalam beberapa perkara berbanding dengan GMail sendiri. Selain itu, lebih 98% daripada mesej berbentuk spam ditapis oleh Hotmail setiap hari, selain membawakan sokongan Facebook Chat terus daripada Hotmail.

Ianya turut sama membolehkan anda menonton video daripada YouTube, Hulu dan beberapa perkhidmatan lain terus melalui Hotmail, selain membolehkan anda menguruskan emel seperti GMail, Yahoo! dan sebagainya terus pada Hotmail.

Kini, telah 15 tahun mereka beroperasi, dan pelbagai perkara menarik lagi dijangka akan diperkenalkan oleh Hotmail dalam masa akan datang.


Office 2010 Di Lancarkan Untuk Pengguna Perniagaan
Internet Explorer 9 Beta Pada 15 September
Microsoft Menguji Integrasi Twitter Pada Windows Phone Mango
Microsoft Memperlihatkan Masa Depan Ruang Tamu
Perbandingan Antara Tablet Windows 8 Dan iPad iOS 5 Diperlihatkan

4 Komen

  1. MuJE pada 06 Jul 2011

    selama 15 tahun ni jugak la tak pernah aku sign up hotmail :P

  2. izwannizam pada 06 Jul 2011

    baru sekarang cuba guna hotmail tapi dah biasa dgn gmail..payah nak berubah

  3. Wan pada 06 Jul 2011

    yahoo la lagi best.haha

  4. budakudm pada 06 Jul 2011

    zaman tok nadok punya ni…hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader