03Jul

Internet Explorer 10 Bakal Disokong Selama 10 Tahun

Google

Dengan kebanyakkan pelayar web memulakan latar pembangunan yang lebih pantas serta menamatkan sokongan untuk versi sebelumnya dengan pengenalan versi baru, Microsoft membuat perkara yang amat berbeza sekali, dengan mengumumkan yang mana Internet Explorer 10 kelak akan disokong selama 10 tahun.

Baru-baru ini, Microsoft baru sahaja melancarkan versi pembangunan kedua untuk Internet Explorer 10, iaitu Platform Preview 2, membawakan pelbagai penambahan baru sejak versi sebelumnya. Dan seperti sedia maklum, IE10 bakal menjadi pelayar web rasmi pada Windows 8 kelak.

Namun begitu, ianya masih tidak diketahui yang mana Windows 8 Beta pada bulan September kelak akan didatangkan dengan IE10 Beta ataupun sebaliknya. Pada masa yang sama, Microsoft turut sama mengumumkan sokongan selama 10 tahun untuk sistem operasi Windows keluaran mereka.


Carian Masa Nyata Mendapat Perhatian Google
Google Circles Akan Dilancarkan Pada Bulan Mei?
Android Market 3.1.3 Membawakan Beberapa Perubahan Dan Penambahan Baru
Pembangunan Bolt Browser Dihentikan Disebabkan Faktor Kewangan Dan Ekonomi
Firefox Untuk Android Yang Baru Membawakan Pelbagai Kemaskini - Dioptimasikan Untuk Tablet

3 Komen

  1. KawanGeek pada 03 Jul 2011

    10tahun sokongan ie10. lol . kan bagus mozilla pun camni.

  2. Jomlinux pada 03 Jul 2011

    Apsal ada ikon Google Chrome kat taskbar?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader