Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, penggunaan tablet, terutamanya iPad kini semakin lama semakin meningkat naik penggunaannya, dan kini melalui laporan daripada NetMarketShare, ianya melaporkan yang mana lebih daripada 1% trafik yang berkunjung ke web datangnya daripada iPad.

Melalui graf yang diperlihatkan mereka, ianya menunjukkan perkembangan yang sihat sejak daripada iPad 2 dilancarkan oleh Apple baru-baru ini, dan angka tersebut meningkat dari hari ke hari.
Mungkin, dengan lebih banyak tablet yang kini memasuki pasaran setiap hari di seluruh dunia, kita mungkin akan dapat melihat trafik yang berhasil daripada peranti berbentuk tablet meningkat naik. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana kini para pengguna mula gemari melayari web menggunakan peranti mudah-alih berbanding desktop dan notebook sebelum ini.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
sapa beli iPad serius aku cakap
memang tak rugi pun ada sebijik..wah bila boleh angkat ni hmm
komen mcm dah ade ipad! haha. tapi mmg, aku pakai ipad, puas hati. beli netbook – pembaziran. beli ipad – smart expense.
*shh shh, iPad 3 maybe released on 19 October di U.S* . sumber – pakcik aku manager kilang proses microchip Apple kat Singapore.
Ipad 3? Apakah ? Mesti gila gempaak~
guna iOS 5 kot
hidup ipad 2!
bila la nak menang pape contest ke giveaway iPad ni.. nak beli tak mampu =.=
no bajet no ipad.. lol..
aku dh sambar ipad 2 walaupun ianya secondhand..memang ianya terbaikkkk
ipad boleh tulis jawi x?hehe
بوليه
Settings > General > Keyboard > Add New Keyboard… > Arabic
سينت فروم ماي ايڤد