05Jul

iPhone Baru Kelak Tidak Jauh Beza Berbanding iPhone 4?

Apple

Dengan lebih ramai yang ternanti-nanti akan iPhone generasi akan datang, kini ianya dilaporkan yang mana iPhone generasi akan datang, ataupun yang mana dikenali sebagai iPhone 5 itu tidak akan membawakan perubahan drastik berbanding dengan iPhone 4 yang boleh didapati sekarang.

Ianya diperkatakan yang mana telefon pintar daripada Apple ini telah pun bersedia untuk dijual bermula bulan September kelak. Namun begitu, ianya tidak pasti, samada ianya akan menggunakan label iPhone 5 ataupun iPhone 4S seperti mana yang pernah diperkatakan sebelum ini.

Seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, mengikut ura-ura semasa, iPhone yang bakal diperkenalkan pada bulan September kelak, dijangka akan membawakan kemaskini dari segi cip pemprosesan dan juga kamera, serta beberapa perubahan yang lain lagi. Ianya juga bakal dilancarkan bersama-sama dengan iOS 5. Namun begitu, masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Apple buat masa ini.


Safari 4 Sedia Di Muat Turun Sekarang
Pakej iPhone 4 Untuk Umum Daripada Celcom Pada 5 Mei Ini?
iPhone Seterusnya Mungkin Adalah iPhone "4S"?
InfoGrafik : Ura-Ura iPhone 5 Setakat Ini
Kemaskini iOS 5 Diperkenalkan Kepada Pengguna Peranti iOS Seluruh Dunia

4 Komen

  1. Pacifista - X pada 05 Jul 2011

    mungkin tak banyak beza dari segi reka bentuk.macam iphone sebelum ni jugak.kalau ada perubahan pun dari segi aplikasi je…

  2. Mashi pada 05 Jul 2011

    Sabar menunggu..Iphone 4 aku pon baru berusia 2 bulan

  3. izwannizam pada 06 Jul 2011

    bilalah nak merasa..

  4. Zahari pada 07 Jul 2011

    Macam iPhone 3G ke 3GS kot. Beri saya ruang 2 tahun untuk upgrade ke iPhone baru – iPhone 5 or 6 or wtv. Jimat sikit.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader