Cari @ Amanz

Melalui laporan yang dikeluarkan hari ini, ianya memperlihatkan yang mana para pengguna dan pemilik peranti iOS akan membeli lebih 61% aplikasi berbanding sebelumnya, serta membelanjakan lebih 14% untuk setiap aplikasi berbanding setahun yang lepas, sekaligus mempelihatkan masa depan pembangunan aplikasi yang cerah diseluruh dunia.

Melalui kajian yang dikeluarkan itu, ianya memperkatakan yang mana pemilik peranti iOS akan memuat-turun lebih kurang 83 aplikasi secara purata tahun ini, dan membelanjakan secara puratanya sebanyak $1.44 untuk setiap aplikasi, sekaligus memperlihatkan peningkatan yang sihat sejak tahun-tahun lepas.

Sebelum ini, di Malaysia, MDeC sendiri mengalakkan para pembangun tempatan untuk membangunkan aplikasi mudah-alih untuk peranti pintar, dan menyediakan bantuan dari segi bantuan dan juga dana melalui program ICON2. Selain itu, Apple sendiri memperlihatkan peningkatan bilangan aplikasi pada AppStore mereka, yang mana kini telah mencecah melebihi 425,000 aplikasi dan lebih 100,000 aplikasi yang dioptimasikan untuk iPad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd