Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sehingga kini, Facebook telah membolehkan para pengguna untuk menambah pelbagai jenis hubungan, daripada ibubapa, kepada kekasih, dan sebagainya. Namun menariknya, kini anda turut sama boleh menambah ahli keluarga baru yang masih belum lahir pada profail Facebook anda.

Walaupun ianya mungkin digunakan sebagai bahan gurauan oleh para pengguna Facebook, pada masa yang sama, ianya memperlihatkan yang mana Facebook kini digunakan secara meluas. Namun, ianya tidak begitu pasti bagaimanakah ianya akan berfungsi dengan tetapan had umur untuk menyertai laman sosial tersebut.
Awal hari ini, Yahoo! turut mengumumkan yang mana para pengguna di Malaysia turut sama merupakan pengguna rangkaian sosial paling aktif dan luas di rantau Asia Tenggara.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
haha, aku nak buat anak kembar jap lagi.. kot-kot boleh.
Yeke aman nie single…
mcm tak caye je =.=’
haha…tak tau apa rasionalnya FB buat macam ni…
simple “in a relationship” function pun bagi impak, kalau mengikut cerita the social network la..
makin merapu haha
aman single??? yeke nih??
org single dh dpt benda ni, org yg tak single lagi mcm aku ni xdpt plak…diskriminasi btol…
hahaha haiihh sampai mcm tu skali die nak? nak amik report kad ke hape..hahah lepas nih sistem banci da takyah nak g jln2 lagi.. g banci kat pesbuk je
nak buat anak 100 la mcm ni…haha
ok.aku nak buat la
Wah, makin ramai laaa org ada
anak seblum kawen kat fb pas ni. :p
ni mcm a bit ridiculous.. useless function.
hehe
tak menarik sgt fungsi ni
mark terlebih inovasi plak…haha
Atau pun bakal mendapat sambutan suam2 kuku seperti Places?
produk fb paling fail rasanya function “Poke” haha
Macam-macamlah FB ni, semua maklumat dia nak..
Biar betik?
Wap pe nak letak baby plak. Diorg bukannya tau pa2 pon.