01Jul

Kini, Pengguna Twitter Menghantar Lebih 200 Juta Tweet Setiap Hari

Web 2.0

Kini, Twitter melaporkan yang mana ianya sudah mencapai suatu tahap yang baru, dimana penggunanya kini menghantar lebih daripada 200 juta Tweet setiap hari. Ianya memperlihatkan peningkatan yang drastik berbanding tahun lepas dimana penggunanya hanya menghantar sekitar 65 juta Tweet sehari dan pada tahun 2009, hanya sejuta Tweet dihantar setiap hari.

Dan secara ringkasnya, ianya menunjukkan para pengguna berkongsi pelbagai perkara yang menarik, serta dengan pengenalan topik terhangat pada Twitter mengikut lokasi, ianya telah menarik minat lebih ramai pengguna untuk menggunakannya, dan mengikuti pelbagai berita disekitar mereka dengan lebih pantas lagi.

Kini, dengan lebih 1 billion Tweet dihantar setiap lima hari, semestinya Twitter merupakan antara laman sosial terkemuka didunia, dan angka tersebut meningkat naik dari hari ke hari.


Pindahkan Duit PayPal Ke Akaun Bank Tempatan
PayLess.com.my Turut Sama Ingin Menyertai Industri Tawaran Harian
Pejabat OhMedia Bakal Dibuka Pada Penghujung Julai
Laku.my Memperkenalkan Pusat Direktori Untuk Penipu Internet - API Bakal Diperkenalkan
FoodPanda Dilancarkan - Tempah Makanan Terus Daripada Komputer Anda

1 Komen

  1. Twit N View pada 01 Jul 2011

    tingginya…skit hari lagi bleh ler menjangkaui kemuncak menara tu…
    good luck twitter sayang…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader