26Jul

Laman Carian Twitter Diberikan Nafas Baru

Web 2.0

Setelah sekian lama tanpa kemaskini untuk halaman carian Twitter, kini mereka telah pun memberikan nafas baru, dimana berbeza dengan sebelumnya, kini Twitter Search tidak lagi menggunakan subdomain. Pada masa yang sama, ianya turut membawakan beberapa perubahan dan penambah-baikkan, memperlihatkan fokus Twitter pada carian.

Carian Twitter

Kini, Twitter search menggunakan URL yang baru, dimana walaupun anda menggunakan alamat subdomain untuk akses, anda akan tetap dibawa ke laman http://twitter.com/search. Ianya juga dilihat lebih mengguna-pakai antaramuka Twitter yang digunakan sekarang, sekaligus menyeragamkan penggunaan antaramuka oleh mereka.

Ianya turut mengintegrasikan carian media seperti yang diperlihatkan sebelumnya, dan menunjukkan hasil carian dalam bentuk laman web Twitter seperti mana carian yang dilakukan terus melalui laman, berbeza dengan sebelumnya yang mana laman carian Twitter menggunakan antaramuka berbeza.

Laman carian Twitter juga, kini turut memperlihatkan topik-topik hangat yang sedang dibincangkan oleh pengguna setempat, serta akses ke carian yang lebih mendalam dengan mudah. Mungkin juga kita akan dapat melihat penambahan baru padanya dalam masa terdekat kelak.


The search.twitter.com site is now twitter.com/search. Major improvements include more relevant search results and related photos & videos!less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


TeratoTech Bakal Melancarkan Aplikasi Berasaskan Lokasi - Undies
Adakah Projek Emel 1Malaysia Akan Menggunakan Lebih Dari Satu Domain?
Twitter Kini Menghantar Emel Untuk RT Dan Favourite
Playmoolah Memenangi Echelon 2011
Triberr Dijenamakan Semula - Tiada Lagi Tweet Secara Automatik

20 Komen

  1. shahroll photo pada 26 Jul 2011

    Bukan pasal entry ni aku terkejut, tapi ade banner OBE here! huhu kewll.. (this is not #troll obe!) =D

  2. Kujie pada 26 Jul 2011

    jarang masuk kat laman twitter ni

    • zharmin pada 26 Jul 2011

      sebab dh selalu guna 3rd party application, mcm tweetdeck @ seesmic..betul kan kak kujie? hehe

  3. TenangSudey pada 26 Jul 2011

    menarik gak UI baru nih

  4. izwannizam pada 26 Jul 2011

    jarang guna function search ni

  5. Twit N View pada 26 Jul 2011

    cari2 jom cari…

  6. Fikri pada 26 Jul 2011

    ok loh

  7. Azim Norazmi pada 26 Jul 2011

    guna tweetdeck sudey….

    • sword pada 26 Jul 2011

      ya betul..

  8. Adam Roslan pada 26 Jul 2011

    Dah macam google page pulak. Panjang dan cantik.

    • anazhd pada 26 Jul 2011

      kalau ade fungsi search engine, baru best.

  9. ariff pada 26 Jul 2011

    twitter ftw!

  10. Cat pada 26 Jul 2011

    aku design baru twitter ni. kemas

    • Cat pada 26 Jul 2011

      *aku suke design baru twitter ni. kemas.

      tersalah taip.

  11. Denaihati pada 26 Jul 2011

    aku memang selalu guna twitter search ni

  12. Fauzi Nor pada 26 Jul 2011

    eh awat aku tak perasan… hehehe

  13. Firdaus pada 26 Jul 2011

    Baru 2 hari lepas aku masuk. UI lama lg

  14. Bisyairi pada 26 Jul 2011

    Coooooooool_ +1

  15. Eriyza pada 26 Jul 2011

    Owhh, kira oklah tu.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader