22Jul

Lebih Info Google Games Mula Kelihatan

Google

Setelah kedengaran pelbagai berita berkaitan dengan Google Games sebelum ini, kini ianya seperti disahkan yang mana ianya akan diperkenalkan pada laman sosial Google+ tidak lama lagi. Pada Google+, para pengguna kelak boleh mengikuti perkembangannya dengan mudah melalui Games Stream.

Walaubagaimanapun, ianya masih belum aktif lagi buat masa ini, dan mungkin akan dilancarkan dalam sedikit masa lagi. Pada masa yang sama, ianya juga amat berbeza dengan Facebook Games.

Pada Google Games, semua permainan akan dimainkan terus melalui pelayan Google, dan bukannya melalui pelayan pihak ketiga. Perkara ini sekaligus akan membolehkan para pengguna menikmati permainan tanpa sebarang masalah, dan pada masa yang sama memudahkan pengguna membangunkan permainan untuknya.

Selain daripada itu, hanya mengenakan caj sebanyak 30% bagi setiap transaksi, yang mana lebih rendah daripada platform yang lain. Mungkin API untuk Google+ akan turut sama dibuka tidak lama lagi, membolehkan pembangun membangunkan aplikasi untuknya.

Sama-sama kita nantikan perkembangan Google Games, selain beberapa fungsi lain, termasuk halaman khas untuk perniagaan dan jenama, serta pengenalan Groups padanya.


YouTube Menambah Fungsi Berkongsi Pada Twitter
Google Adsense Menguji Antaramuka Baru
Google Bakal Memperkenalkan Sistem Pembayaran Mudah-Alih
#Tips : Dapatkan Dan Gunakan Google Bar Yang Baru Hari Ini
Google Maps Membawakan Sokongan Lawatan 3D Ke Beberapa Lokasi Utama Dunia

9 Komen

  1. shifaa pada 22 Jul 2011

    waa…siap ade games

  2. Syaufe Harriz pada 22 Jul 2011

    terbaik!!

  3. aimannajmy pada 22 Jul 2011

    weh pantas tui google mengejar mahu menandingi facebook huhu, mari kita tgk dah lihat

  4. saidi pada 22 Jul 2011

    tak sabo nk men game dia….

  5. syafieq pada 22 Jul 2011

    selepas Yahoo! Games..kali ni..Google Games pulak..hehe

  6. sejukstudio pada 22 Jul 2011

    wah/ nk wat cam fb apps lak

  7. ekspresiruang pada 22 Jul 2011

    perancangan google utk plus ni mcm dah lama. sbb tu diorang tros lancarkan setiap stage sampai ke peringkat game ni step by step tanpa perlu menunggu lama. mmg strategi berkesan

  8. budingyun pada 22 Jul 2011

    kat fb pun tak main game.. apa lagi kat g+.. :P

  9. MuJE pada 23 Jul 2011

    kalo game sama cam fesbuk baik takyah


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader