22Jul

Lebih Satu Juta Muat-Turun OS X Lion Dalam Tempoh 24 Jam

Apple

Setelah Apple melepaskan sistem operasi generasi baru mereka pada hari Rabu, kini Apple telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka, dimana ianya dikatakan OS X 10.7 Lion telah pun dimuat-turun lebih daripada satu juta kali dalam tempoh sehari ianya dilancarkan, sekaligus memperlihatkan ianya menjadi jualan sistem operasi terpantas daripada Apple buat masa ini berbanding versi lain.

OS X Lion yang membawakan lebih daripada 250 fungsi baru itu ditawarkan oleh Apple untuk dimuat-turun melalui Mac AppStore pada harga hanya $29.99. Antara fungsi baru yang dibawakan adalah termasuk sokongan menggunakan aplikasi dalam bentuk skrin-penuh, pengurusan aplikasi melalui Launhcpad, aplikasi emel yang diberikan nafas baru, dan beberapa perkara lain lagi.

Bersama-sama dengan pelancaran OS X Lion tempoh hari, Apple turut sama melepaskan kemaskini untuk MacBook Air yang mana didatangkan dalam beberapa bentuk variasi.


Apple iPad Bakal Di Lancarkan di Malaysia
iPad 2 Akan Di Lancarkan Pada 1 Februari?
iPad Generasi Ketiga Pada Bulan September 2011?
iOS 5 Diintegrasikan Bersama-Sama Dengan Twitter
Apple Mungkin Akan Memperkenalkan Sokongan iMessage Pada iChat Di OS X

14 Komen

  1. mohadila pada 22 Jul 2011

    murah giler OSX jika dibandingkan dengan windows 7….tp OSS (Ubuntu, SUSE, Feodora, etc) lagi murah….hehehehe…

    • myFirdaus pada 22 Jul 2011

      murah & mudah untuk upgrade.

      • kuzer pada 22 Jul 2011

        la.. $29.99 je kot. x kan x mampu.

  2. myFirdaus pada 22 Jul 2011

    menanti $$$. bru boleh download. huhuhu

  3. shifaa pada 22 Jul 2011

    serius murah hoho
    first time barang apple murah haha

    • Farid Zenon pada 22 Jul 2011

      Harga Apple ni premium, orang lupa “after service” windows. agak terbaik la.

  4. zuan pada 22 Jul 2011

    hebat sgt la innovation dari Apple ni tak terkejar kalau tak berduit

  5. Hafaisy pada 22 Jul 2011

    macam mana pun, aku tetap tengah download kat torrent -,-

  6. kikoz pada 22 Jul 2011

    OS ni bley install pada pc : AMD ?

    • kuzer pada 22 Jul 2011

      kena guna Hackintosh untuk amd. > hackintosh.com

      • kikoz pada 23 Jul 2011

        kk..terima kasih…

  7. budakudm pada 22 Jul 2011

    ubuntu la…free…hehe

  8. abdusfauzi pada 25 Jul 2011

    ini yang terasa ketinggalan ni. haha.
    takpe2, sabar. nanti amanz belanja, kan?
    LOL.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader