Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain pengumuman Anugerah Internet DiGi WWWOW, pihak penganjur juga turut berkongsi salah satu perkara menarik bersama hadirin semalam, iaitu jumlah para penulis blog di Malaysia yang kini telah melangkaui angka 250,000 orang, memperlihatkan kekukuhan industri blog tanahair.
Sebelum ini, Nuffnang sendiri telah mengeluarkan statistik mereka mengatakan mempunyai lebih daripada 170,000 blog berdaftar dibawah mereka, selain Advertlets dengan 60,000 orang blogger berdaftar dibawah mereka. Beberapa komuniti blogger tempatan juga mempunyai ribuan orang berdaftar dibawah mereka, termasuk GengBlogger yang mempunyai angka keahlian melangkaui lebih daripada 20,000 orang.
Mungkin dengan ramai lagi yang kini beralih kepada media elektronik, dan kadar tembusan internet yang semakin meningkat naik dari hari ke hari, kita akan dapat melihat pertambahan penulis blog tempatan dalam bulan-bulan akan datang.
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
1/100 populasi rkyat msia mnulis blog..hohoho
wow, ramainya penulis blog skrg..
tak lama lagi ta payah beli newspaper..
semua baca blog jew..
hehhehe
Pertambahan bilangan blog juga didorong oleh kepercayaan syarikat-syarikat besar beriklan di internet, dan kegemaran media cetak quote berita dari blog.
media cetak leh gulung tikiaq la camni.. hohoho.. :p
sumber yg lebih sahih kebanyakannya diperoleh daripada blog. media massa dan cetak selalu manipulasi demi kepentingan politik
+1
Statistik ni kira yg aktif shj ke skali yg tak update?
tapi plagiat pun….. ah malas nak cakap. haha.
Hahaha tau2
Kalau kuantiti da bnyk, kualiti jgn tgl ekk…
itu yang berdaftar dengan mereka je..yang fully buat untuk market dengan niche lebih dasat?itu kita taktau.:D
semakin ramai blogger bermakna semakin ramai pesaing…. semakin ramai pesaing bermakna semakin kene mempertingkatkan kualiti sesuatu blog 2…. hehe… tp papepn blog ni mmg wajib ak lawati setiap hari…. 1st tym tggl komen… seblm ni jd silent reader je..hehe
best2.. lg rmi penulis lg bnyk idea, lg bnyk bhn bacaan
xde la facebooking je keje
gua salah seorang..=)
satu perkembangan yang menarik
Memang budaya sekarang macam tu….