08Jul

MalaysiaKini Diserang DDOS Sejak Pukul 5 Petang

Sekuriti, Web 2.0

Akhir-akhir ini aktiviti serangan DDoS terhadap pelayan-pelayan tempatan kerap berlaku, dan kini ianya dilaporkan yang mana pelayan untuk laman web berita terkemuka, MalaysiaKini diserang sejak daripada pukul 5 petang tadi, dan pihak mereka masih bertahan ke atas serangan yang dilakukan.

Menurut pihak MalaysiaKini, serangan pertama yang dilakukan adalah lebih kurang sama seperti ketika bulan April yang lalu. Ketika itu, MalaysiaKini turut sama menjadi mangsa DDoS, dimana mereka terpaksa menggunakan Facebook dan WordPress.com untuk terus beroperasi sementara menunggu pelayan mereka kembali pulih.

Namun begitu, buat masa ini, mereka masih dapat bertahan, dan ianya tidak diketahui sampai bilakah mereka dapat mengatasi serangan ini.


Malaysiakini servers have come under attack since 5pm. Still holding up!less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


IdeaBuzz Membawakan Video Baru Setiap Isnin
Beberapa Pengguna Tempatan Mula Menerima Fungsi Facebook Timeline
Pemenang Anugerah Nuffnang Asia-Pasifik Diumumkan
Laman Negaraku.my Sedia Diuji Dalam Bentuk Beta Terbuka
Laku.my Bakal Memperkenalkan Antaramuka Seumpama Pinterest?

11 Komen

  1. KawanGeek pada 08 Jul 2011

    tindakan terdesak dari pihak yang begitu terdesak.

  2. Eichikatsu pada 08 Jul 2011

    Pihak hosting kena berjaga-jaga 365 sebab sentiasa ada serangan DDOS tak kira web mana sekali pun.

  3. funzool pada 08 Jul 2011

    Baru fair mcm ni.. Smua pon kene serang

  4. Zaid M. Said pada 08 Jul 2011

    Tuka hosting ke RackSpace laa…

  5. xanos pada 08 Jul 2011

    serang jgn x serang~~ hahaaa

  6. eSafarEE pada 08 Jul 2011

    hoho..kena serang. mmg dah bole agak. Boleh tahan jugak depa nih, kena ddos attack but the content still available utk dibaca. x tido malam la depa nih nampak gayanye.

  7. Mus pada 08 Jul 2011

    serangan untuk semua.. dah tak kira siapa..

  8. matjoe pada 08 Jul 2011

    mengaku kene attack padahal tidak (sebab aku boleh jer access). so that people will think that’s goverment upah someone hacking / attack the malaysia kini. whcih is equivalent to goverment is bad. this is again politik. tired, cepat2 laa esok habis

    • anon pada 09 Jul 2011

      pegi balik rumah.. makan pisang …

    • Omar pada 09 Jul 2011

      suruh Aman mintak log server la pulak pasni..

      btw, tadi memang surf website tu dlm pukul 8.pm rasa slow sikit.. memang betul la kot…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader