21Jul

Mango Membawakan Integrasi Twitter Dan LinkedIN Serta Notifikasi Sosial Baru

Microsoft

Sebelum ini telah diperkatakan yang mana Windows Phone Mango bakal membawakan integrasi Twitter, dan kini sebuah video khas telah pun memperlihatkan demonstrasi integrasi Twitter pada Windows Phone Mango. Selain daripada Twitter, ianya turut sama memperlihatkan integrasi LinkedIN padanya.

Kedua-dua integrasi ini akan diperkenalkan pada People Hub, dan pada masa yang sama, Windows Phone juga turut sama membawakan cara senang untuk memilih anda ingin membaca kemaskini daripada rangkaian sosial yang mana. Mango turut sama membawakan cara notifikasi sosial baru, membolehkan anda mengikuti perkembangan semasa profail anda, dan juga rakan-rakan anda dengan mudah.

Buat masa ini, ianya dijangkakan yang mana Microsoft bakal melancarkan Windows Phone Mango sekitar September atau Oktober, bersama-sama beberapa peranti baru yang bakal dilancarkan bersama-sama dengannya. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Windows 8 Dengan Teknologi Anti Cetak-Rompak?
Internet Explorer 9 Beta Pada Bulan Ogos
Microsoft Mungkin Memperlihatkan Demo Windows 8 Minggu Hadapan?
Microsoft Menawarkan Peranti Windows Phone Percuma Kepada Pembangun webOS
Office 15 Memulakan Ujian Technical Preview - Versi Beta Terbuka Bakal Menyusul

5 Komen

  1. sejukstudio pada 21 Jul 2011

    Mango? cam Meego je bunyik. hehe. :D

  2. epul pada 21 Jul 2011

    terbaikk

  3. Farid Zenon pada 21 Jul 2011

    Agak lama aku tidak ambil peduli pasal platform windows ni, aku rasa selepas ini aku akan teruskan dengan tidak ambil peduli juga.

  4. faizar pada 21 Jul 2011

    salam, apa keistimewaan Windows Phone Mango berbanding Windows Phone 7 asal???

  5. luqman pada 21 Jul 2011

    agak2 symbian 3 boleh update ke mango ke x? ui die lawa la


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader