15Jul

Microsoft Menguji Integrasi Twitter Pada Windows Phone Mango

Microsoft

Nampaknya, selain daripada iOS 5 yang membawakan integrasi Twitter, Windows Phone Mango juga turut sama akan membawakan integrasi Twitter bersamsa-sama dengannya. Buat masa ini, perkara ini masih dalam ujian, dan beberapa Tweet telah pun mula kelihatan di arena internet, memperlihatkan ianya dihantar menggunakan Windows Phone melalui Windows Live.

Melaluinya, ianya membolehkan para pengguna Tweet dengan pantas pelbagai perkara, termasuk turut membolehkan mereka Tweet akan aktiviti di Facebook, seperti daftar masuk ke lokasi Facebook Places dan sebagainya. Ianya juga diketahui yang mana versi pembangunan Mango terakhir yang dilepaskan masih tidak membawakan integrasi Twitter, dan ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian dalaman.

Microsoft dijangka akan melancarkan Mango sekitar bulan September kelak, bersama-sama dengan beberapa peranti baru bakal dilancarkan pada bulan yang sama.


IE8 RTM Di Jangka Akan Di Lepaskan Pada Mac 09
Windows 8 Bakal Di Lepaskan Pada 2012
Windows 7 SP1 Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Maybank Melancarkan Akaun Twitter Rasmi - @MYMaybank
#PRENG - Dari Twitter Ke Rancangan Video Sendiri

2 Komen

  1. akubiomed pada 15 Jul 2011

    Windows versi mobile agak ketinggalan berbanding Android yang nampak semakin pesat pembangunan OSnya

    • beburung pada 15 Jul 2011

      …tapi Android giler resource hog. WP7 guna cip yg ancient pun berganda lg laju dari Android-based phone. Tu belum kira security flaw yg gile2 kt Android.

      Aku pun bukannya nak bash Android, even WP7 pun ada prob dia. Problem setakat ni kat malaysia tak boleh guna Marketplace (sama kes ngan xbox live). Myb sebab Malaysia ni banyak sangat jack sparrow.

      Untuk modern mobile OS di pasaran tempatan, aku prefer WP7 atau iOS berbanding Android. Android ni leceh, banyak sangat memerlukan user intervention, nak mod itu lah, ini lah. WP7 ngan iOS lak boleh terus guna out of the box.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader